Khamis, 2 September 2010

Jeffrey hilang kepercayaan terhadap Anwar


Jeff1 Oleh Luke Rintod

KOTA KINABALU: Naib Presiden PKR Jeffrey Kittingan kini dikatakan hilang harapan dan kepercayaan terhadap Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penggantungan 12 pemimpin PKR Sabah minggu lalu.

Melihat kepada sikap Anwar yang tiada jauh bezanya antara PKR dan Umno, masalah yang tidak berkesudahan membelenggu Sabah juga dilihat hampir mustahil untuk diselesaikannya.

Demikian menurut beberapa penyokong Jeffrey sejak isu penggantungan 12 ahli gara-gara berhasrat untuk menubuhkan Parti Cinta Sabah tahun lalu.

Mereka yang terlibat adalah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah Awang Sahari, Mozes Iking, Paul Kerangkas, Sylvester Balon, Innocent Makajil, Guandee Kohoi, Harry Manisit, Dr Nicholas Guntobon, Rubbin Guribah, Gonsubin Yosundang dan Nasir Samie.

Beberapa pemimpin dan ahli PKR terdekat Jeffrey ketika dihubungi FMT untuk mengulas mengenai isu ini bagaimanapun enggan mendedahkan identiti sebenar.

Mereka berkata Jeffrey yang baru pulang daripada Kuala Lumpur Isnin lalu kelihatan kecewa terhadap Anwar kerana melanggari perjanjian damai yang dimeterai pada Disember tahun lalu.

"Beliau sangat kecewa dengan Anwar…" kata pembantu Jeffrey.

"Kata-kata Jeffrey seperti ‘cukuplah dengan apa yang terjadi’…tapi beliau masih bersikap tenang. Beliau juga menyuruh kami agar bersikap tenang dan jangan mudah melatah…" kata seorang lagi pembantu Jeffrey melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).

Jeffrey ketika ditemui semasa tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada malam Isnin lalu, dan kemudian di Kelab Golf Tambunan di sini ada memberikan beberapa respon namun beliau melarang untuk disiarkan.

Beliau juga enggan mengulas mengenai perselisihannya dengan Anwar dan pemimpin tertinggi PKR yang lain semasa bermesyuarat Ahad lalu.

Mengulas mengenai penggantungan 12 pemimpin PKR Sabah, Jeffrey berkata beliau masih dan akan tetap menghormati perjanjian damai itu.

Beliau turut berkata dirinya dan ramai ahli PKR menyangka Anwar akan turut menghormati perjanjian terbabit, namun keputusannya terletak di tangan Anwar.

13 ulasan:

  1. Kebanyakan rakyat juga hilang kepercayaan terhadap Jeffrey. Tindakannya menjejaskan keyakinan saya terhadap PKR.

    BalasPadam
  2. nampaknya Jeffrey dan Anwar mempunyai perselisihan, ini menjelaskan bahawa PKR mempunyai byk masalah. rakyat takkan yakin dgn parti seperti ini.

    BalasPadam
  3. Anwar dan pemimpin PKR sendiri mempunyai perselisihan termasuklah Datuk Jeffry yang tidak begitu percaya dengan Anwar lagi kerana 12 ahli PKR sabah yang digantung. Itu terletak kepada Anwar, kata Jeffry seperti rasa kekecewaan terhadap Ketua PKR itu.

    BalasPadam
  4. nampaknya masalah dalaman PKR Sabah masih belum selesai lagi. masalah di kalangan pemimpin hanya mendedahkan pemimpin PKR tidak sefahaman.

    BalasPadam
  5. Jeffry begitu kelihatan kecewa terhadap Anwar kerana melanggari perjanjian damai. Ingat-ingatlah sendiri Anwar. macam-macam boleh berlaku buat masa sekarang ini.

    BalasPadam
  6. kalau ketua PKR tidak boleh dipercayai, begitu jugalah dengan parti pimpinan beliau. mungkin isu ini boleh meretakkan kepimpinan PKR di Sabah sekaligus menjadi punca penolakan rakyat.

    BalasPadam
  7. dalam PKR sendiri mengalami pergolakan sehingga jeffrey hilang kepercayaan kepada pemimpin PKR iaitu Anwar. jika begini keadaan PKR, bagaimana rkyt nak menaruh keyakinan terhadapnya.

    BalasPadam
  8. masalah yang dihadapi oleh PKR ini hanya menampakkan kelemahan PKR kepada umum. ini menunjukkan mereka tidak bersatu.

    BalasPadam
  9. Saya pula hilang kepercayaan sama apapun gimik yang dibuat oleh PKR ni. hihi

    BalasPadam
  10. Politik jugalah subjek yang paling memeningkan kepala. hehe

    BalasPadam
  11. Justeru rakyat harus lebih berhati-hati dan matang dalam membuat penilaian. Tetapkan pendirian dan sokonglah parti yang selam ini telah banyak berjuang membangunkan negara :)

    BalasPadam
  12. Mungkin jugalah 2718. Tetapi semuanya terpulang pada rakyat.Next GE bakal menentukannya :)

    BalasPadam
  13. Semoga keadaan politik Sabah lebih aman dan tak banyak iklan. hahhaa
    Rakyat harus diutamakan dan ketepikanlah masalah2 yang kurang penting.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.