ALOR SETAR: Sepasang suami isteri yang baru pulang dari memancing cedera parah apabila motosikal mereka merempuh sebuah jentera bomba di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Darulaman di sini awal pagi tadi.
Jentera bomba dan penyelamat tersebut dari balai Jalan Tun Razak sedang dalam perjalanan untuk memadam kebakaran di sebuah premis perniagaan di Jalan Seberang Perak, kira-kira 2 pagi.
"Apabila jentera bomba itu sampai di persimpangan lampu isyarat tersebut, motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri itu dipercayai gagal dikawal lalu merempuh bahagian tepi jentera tersebut yang ketika itu sedang membunyikan siren dan meyalakan lampu kecemasan," kata Ketua Trafik Daerah Kota Setar, DSP Mohd Sham Abdullah.
Menurutnya, ketika kemalangan lampu isyarat berwarna hijau dan penunggang motosikal tersebut terus melalui persimpngan itu dan terlanggar jentera bomba tersebut.
"Pasangan itu cedera parah di kepala dan badan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan," katanya.
Seorang saksi, Mohd Izuwan Mohd Zaki, 21, berkata beliau ternampak sebuah motosikal merempuh bahagian tepi kenderaan bomba itu dan apabila menghampiri tempat kejadian, beliau melihat seorang lelaki dan wanita terbaring di atas jalan.
"Lelaki itu tertiarap dengan mulutnya berlumuran darah dan tidak sedarkan diri manakala wanita itu menjerit-jeritnya memanggil suaminya. Saya ada melihat joran pancing berhampiran lelaki dan wanita itu," katanya.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, Kamis Idris berkata beliau tidak menyangka pasukannya boleh terbabit dalam kemalangan semasa bergegas untuk menjalankan tugas.
Katanya malam tadi terdapat dua kebakaran iaitu kira-kira 11.45 malam di sebuah kedai makan di Jalan Teluk Wan Jah dan kebakaran kira-kira pukul 2 pagi itu yang melibatkan dua buah kedai gunting rambut.
Salam,
BalasPadam1.Jodoh...pertemuan...ajal....maut ditangan ALLAH s.w.t..
2.Di Kelantan seorang anggota polis meninggal dunia dirempuh kereta yang cuba ditahannnya...