|
Dua orang cedera parah dalam kejadian tersebut yang turut merosakkan sekurang-kurangnya lima unit lagi, lapor The Star.
Sebelum itu, pemilik unit tersebut di tingkat 12 pangsapuri tersebut, yang berusia 51 tahun, terdengar ketukan di pintu unitnya pada kira-kira jam 8.30 pagi.
Dia kemudiannya menemui sebuah kotak diletakkan di depan pintu rumahnya.
Dia turut bau petrol dan bertanya kepada jirannya sama ada sesiapa yang melihat orang yang meletak kotak di situ, tetapi tiada siapa yang perasan.
Dia kemudiannya memanggil dua pekerjanya yang mengendalikan perniagaannya di tingkat bawah untuk memeriksa kotak tersebut.
Apabila mereka membuka kotak itu, ia terus meletup dan mengakibat pekerjanya - seorang wanita dan seorang lelaki - mengalami kecederaan 70 peratus kesan terbakar.
Pekerja tersebut yang berusia 51 dan 38 tahun kini dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Pemangku ketua polis Cheras, ACP Ahmad Amir Mohd Hashim berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada persaingan perniagaan, walaupun peniaga tersebut menafikan menerima sebarang ancaman.
Peniaga itu mengendalikan sebuah kafe internet dan restoran di tingkat bawah pangsapuri tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.