Isnin, 30 Ogos 2010

Indonesia jamin keselamatan penuntut Malaysia

FREE MALAYSIA TODAY

1505096620X310 SURABAYA: Menteri Pendidikan Nasional Mohammad Nuh menjamin keselamatan mahasiswa dan pelajar Malaysia di Indonesia berhubung isu Indonesia dan Malaysia dalam beberapa minggu terakhir ini.

Jaminan itu diberikan Mohammad Nuh kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Sebaliknya, Malaysia juga akan melakukan hal sama kepada para mahasiswa dan pelajar Indonesia yang sedang menuntut ilmu di Malaysia.

"Kami sepakat dunia pendidikan harus diselamatkan kerana pendidikan tidak boleh terpangaruh oleh pasang-surutnya hubungan kedua negara," katanya seperti dilapor agensi berita Antara.

Mohammad Nuh juga telah berkomunikasi dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang untuk menyepakati keselamatan mahasiswa dan pelajar kedua belah pihak.

"Kami sepakat hubungan pendidikan, termasuk di dalamnya keberadaan mahasiswa dan pelajar, tidak dikait-kaitkan dengan keadaan hubungan Indonesia dan Malaysia saat ini," katanya,

Beliau menjelaskan, dunia pendidikan atau dunia ilmu pengetahuan tidak boleh sedikit pun terganggu dengan apa pun, kerana pada dasarnya ilmu itu sifatnya terbuka untuk siapa saja dan tanpa batas.

"Ertinya, tidak boleh ada hambatan apa pun dalam mencari atau menuntut ilmu bagi seseorang. Kerana sifatnya yang demikian itulah maka tidak boleh ada sedikit pun penghalang bagi para mahasiswa dan pelajar ketika misalnya hubungan negara mengalami turun naik dalam diplomatik," katanya.

Mohammad Nuh berharap mahasiswa dan pelajar Indonesia yang berada di Malaysia mahupun sebaliknya mahasiswa dan pelajar Malaysia yang berada di Indonesia untuk tidak terpengaruh dengan keadaan terakhir ini.

"Saya sudah berkomunikasi dan bersepakat dengan timbalan perdana menteri Malaysia yang juga menteri pendidikan agar dunia pendidikan tidak diperkeruh situasi saat ini, kerana itu jaminan keselamanan perlu kami berikan kepada mahasiswa dan pelajar kedua negara," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.