Selasa, 31 Ogos 2010
Inilah Zaman Di mana Yang Jahil Berfatwa, Ulama pula Tersesat
"Jika kita bertanya: Si ibrahim Ali orang alim ke orang jahil? Tentu ramai menjawab ringkas orang jahil. Tetapi jika ditanya kepada setengah orang seperti mahathir, untuk menjawab 'orang jahil', jawapannya akan jadi panjang berjela, supaya jahilnya ibrahim ali itu nampak agak separuh jahil dan separuh alim. Atau mungkin mahathir akan menjawab, "diapun ada membaca buku buku agama sikit sikit tentu dia tahu sikit sebanyak".
Jika ditanya lagi Harussani orang jahil ke orang alim, tentu dijawab ringkas orang alim. Tetapi jika ditanya lagi setengah orang, akan dijawab panjang berjela, "hairan rasanya, kenapa eh dia orang alim tetapi ada hukum yang diberitahunya agak kabur, tidak jelas dan memeningkan.
Lihatlah senario yang berlaku di sekeliling kita hari ini maka dengan jelas dapat kita lihat para manusia yang di gelar pemimpin politik maupun ulama tidak segan segan lagi menonjolkan diri sebagai penyesat. Mereka seringkali suka mengubah hukum yang halal kepada haram, atau yang haram kepada halal samada secara terang atau tidak langsung. Untuk menghalalkan tindakan mereka sering digunakan ayat "sungguhpun Islam tidak melarang tetapi..."
Sebenarnya status halal haram bukanlah sesuatu yang mudah untuk dirumuskan. Para ulama ulama besar dahulu begitu halus untuk merumuskannya bersandarkan quran dan hadis dan macam macam sumber lagi. Mereka tidak tergesa gesa untuk mengharamkan atau menghalalkan.
Namun di malaysia hari ini, pemimpin jahil seperti ibrahim ali dengan berani dan berlagaknya cuba menjadi alim dancuba mengharamkan sesuatu yang halal. Ulama ulama kerajaan yang mengejar gaji pula muncul sebagai ulama sesat. Sangat aneh bila ulama sendiri mengubah hukum sedangkan ianya jelas di dalam hadis dan juga sumber ulama terdahulu.
1. Isu Doa laknat kepada pemimpin yang zalim.
Tentang isu mendoakan keburukan kepada umat islam lain, ulama yang pentingkan duit ini terus menyatakan haram hukumnya doa keburukan kepada sesama islam.
Dalam kitab fathul bari, al hafiz ibnu hajar mengharuskan doa keburukan kepada seseorang islam yang melanggar hukum syarak. Kenyataan ibnu hajar itu merujuk kepada satu hadis sahih muslim tentang Nabi mendoakan seseorang yang ingkar untuk makan dengan tangan kanan (makan dengan tangan kiri). Hasil dari doa tersebut lelaki itu tidak mampu lagi mengangkat tangan kanannya.
Dalam kitab Al azkar karangan Imam Nawawi ada menyatakan keharusan seseorang mendoakan (keburukan) ke atas orang yang menzalimi orang Islam. Beliau berkata "sesungguhnya nas nas al quran dan hadis serta amalan orang terdahulu dan terkemudian saling 'sepakat' dalam merumuskan keharusan (mendoakan keburukan ke atas orang yang zalim)(bab Jawaz Du'a al insan 'ala Man zalama Al muslimin au zalamahu wahdahu)
2. Isu khutbah dan doa kepada Lim Guan Eng.
Hukum tentang doa kepada orang bukan Islam sebenarnya telah jelas zaman berzaman dan tidak patut dibahaskan lagi. Tetapi oleh kerana ulama dan mufti di malaysia hanya pentingkan perut buncit dan makan minum yang hanya menjadi najis semata mata, mereka sanggup memutar belit hukum. Di tambah pula dengan kemunculan si jahil seperti ibrahim ali dan zahid hamidi jadilah ianya macam hukum caca marba.
Imam Nawawi dalam Al azkar: "tidak harus seseorang didoakan untuknya(bukan Islam) keampunan dan yang seumpamanya..tetapi harus didoakan untuknya hidayat, kesihatan yang baik, kesejahteraan hidup dan seumpamanya"
Hukum ini bersandarkan kepada peristiwa seorang yahudi yang memberi minum kepada Nabi s.a.w lalu baginda mendoakan, "semoga Allah mencantikkan kamu"(al-Azkar dalam bab Ma Yaquluhu al-Muslim Lil al-Zimmi Iza Fa'ala Bihi Ma'rufan).
Imam shafie juga dengan jelas mengharuskan doa kepada orang kafir, hidayat dan kesihatan ( rujuk Syeikh Ramli dalam Nihayatul Muhtaj dan Syeikh Ibn Hajar dalam Tuhfatul Muhtaj).
Jadi sumber yang manakah diambil oleh mufti (seperti harussani) hinggakan memfatwakan "haram mendoakan kesejahteraan kepada bukan islam"?
Atau adakah mufti dan ulama di Malaysia telah mula menolak ulama muktabar?
3. Orang bukan Islam memasuki masjid.
Banyak dalil dan hadis yanng jelas menggambarkan bahawa berlakunya orang bukan islam berjumpa Rasulullah di dalam masjid. Malah ada mereka yang tidak islam ini (beribadat megikut cara agama mereka di dalam masjid) dan tidak di larang oleh Nabi di masjid madinah. Begitu juga hadis riwayat bukhari tentang thamamah ibn athal yang ditangkap dan ditambat di masjid.
Namun di sebalik segala peristiwa dan sumber dalil yang terdahulu mengharuskan orang bukan islam di masjid, muncul si jahil Ibrahim ali berfatwa sebaliknya. Disulam pula kata kata ulama sesat yang takut kehilangan sumber pendapatan. Hampir keseluruhan pemimpin samada agama atau tidak agama di dalam UMNO berlumba lumba muncul untuk menunjukkan ingkarnya kepada hukum halal, mengubah kepada haram.
Kepada Ibrahim ali, zahid hamidi, mufti harussani dan semua pemimpin UMNO yang sering melompat dalam isu agama, cubalah renungkan hadis di bawah, apakah anda termasuk di dalam apa yang dimafhumkan oleh Rasulullah atau tidak..:
"Sesungguhnya termasuk sesuatu yang aku takuti menimpa umatku adalah para pemimpin(ulama ataupun umarak) yang menyesatkan..dan tidak akan terjadi kiamat sampai beberapa kabilah dari umatku yang bergabung dengan kaum musyrikin, dan sampai ada beberapa kabilah dari umatku yang menyembah berhala.(Hadis hasan riwayat Ibnu Majah dan Abu Daud)
(Tulisan ini inspirasi daripada tulisan Shah Al maududy 'bendung budaya tahrim')
Umno Berpesta Fitnah Di Bulan Barakah
Cuba bayangkan jika Rasulullah s.a.w ditakdirkan Allah masih hidup di zaman ini. Tidakkah kita fikirkan bahawa Utusan dan Umno mungkin juga akan menemplak tindakan Rasulullah s.a.w yang membenarkan orang-orang Kristian Najran masuk ke masjid dan bersembahyang di Masjid Nabi.
Ahli Parlimen DAP Y.B Teo Nie Ching diserang-serang habis-habisan kerana berkunjung ke Surau Al-Huda Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut. Beliau telah dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas. Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.
Kerana seronok memfitnah di bulan Ramadhan , Umno dan Utusan tidak peduli seerah Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang berjaya menonjolkan ruh tasamuh ( toleransi ) yang amat tinggi apabila berdepan dengan golongan non muslim . Sebagai satu contoh toleransi yang Rasulullah s.a.w tonjolkan adalah sepertimana kisah yang dinyatakan oleh Ibn Ishak di dalam seerah berkenaaan perjumpaan Baginda dengan golongan Kristian Najran.
Ibnu Ishak meriwayatkan golongan Kristian ini telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w di Madinah dan mereka bejumpa Rasulullah s.a.w di Masjid Nabi. Apabila tiba waktu asar golongan Kristian ini bangun ingin menunaikan sembahyang mereka dan ada para sahabat yang cuba menegah mereka. Rasulullah sebaliknya mengatakan “ Da’auhum ! ( biarkan mereka ) .
Rasulullah s.a.w membenarkan golongan Kristian itu bersembahyang mengikut cara mereka di dalam masjid Nabi !! Akhirnya mereka bersembahyang dengan mengadap di sebelah timur ( lihat buku tulisan Yusuf Al-Qardhawi “ Religious Minority from Shariah’s Perspective ). Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulama Pas,Dato Harun Taib iaitu mereka yang arif tentang Islam menyatakan tidak salah orang bukan Islam memasuki masjid.
Jika Rasulullah s.a.w yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai qudwatun hasanah ( role model ) membenarkan orang bukan Islam bersembahyang cara mereka di Masjid Nabi siapakah Utusan dan Umno yang ingin melarang Ahli Parlimen DAP dari memasuki surau Al-Huda, Kajang.
Umno dan Utusan mendakwa kononnya pihak Surau Al-Huda membenarkan Nie Ching memberikan tazkirah sedangkan beliau adalah orang bukan Islam dan tidak memakai aurat.
Sebenarnya ini hujah makan tuan. Baiklah katakan , untuk tujuan berhujah, kami terima pendapat Umno bahawa Nie Ching tidak sepatutnya bertazkirah kerana beliau adalah orang bukan Islam dan tidak menutup aurat . Jika itu hujah Umno kita juga berhak bertanya kenapakah semasa Umno menjadi Kerajaan di Selangor dahulu para alim ulama’ seperti Tuan Guru Nik Aziz, Dato’ Dr Harun Din , Almarhum Dato Ishak Bahrum dan beberapa alim ulama' yang lain juga dilarang memberikan tazkirah oleh pemimpin Umno .Bukankah Tuan Guru Nik Aziz, Dato’ Dr Harun Din , Almarhum Dato Ishak Bahrum adalah orang Islam dan bukankah mereka juga menutup aurat !
Umno katakan Nie Ching tidak menutup aurat ketika bertazkirah . Kita ingin bertanya Umno , adakah hukum atau perintah menutup aurat hanya untuk orang Islam atau juga terpakai untuk orang bukan Islam ? Jika menutup aurat hanya wajib untuk orang Islam sahaja kenapakah kita harus mewajibkan ke atas orang bukan Islam dalam perkara yang Allah tidak wajibkan ke atas mereka. Bukankah pendirian kita bahawa orang bukan Islam yang ingin berkunjung ke masjid mestilah berpakaian sopan. Saya tidak nampak Nie Ching berpakaian tidak sopan hanya kerana beliau tidak bertudung.
Jika Umno begitu serius tentang isu menutup aurat mengapakah Umno tidak ambil peduli sebahagian besar isteri pemimpin Umno dan sesetengah pemimpin wanita dan Puteri Umno yang masih tidak menutup aurat !
Apabila Ahli Parlimen Selayang, Y.B William Leong Jee Keen menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid al-Taqwa, Selayang akhbar Mingguan Malaysia menulis dengan tajuk berikut “ Ahli Parlimen Selayang pula “ bertazkirah” Kesucian Masjid terus dinodai” ( Mingguan Malaysia 29/8/2010 m/s 3 ) . Akhbar itu melaporkan pengarah JAIS Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.
Saya tidak pelik jika JAIS mengambil pendirian begitu kerana bagi saya saki baki pengaruh Umno masih tebal dalam JAIS. Bukankah JAIS di zaman BN dahulu sibuk mengambil tindakan kepada AJK masjid yang dilihat tidak cenderung kepada Kerajaan BN. Saya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam isu tersebut kerana saya mewakili lebih kurang 7 buah masjid dan surau yang diganggu oleh JAIS !
Untuk Khusrin kita ingin bertanya soalan berikut : Adakah Rasulullah s.a.w tidak tahu orang-orang Kristian Najran berhadas besar semasa Rasulullah s.a.w membenarkan mereka masuk Masjid Nabi dan bersembahyang di Masjid Nabi ?
Apabila Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan di dalam khutbah agar Lim Guan Eng diberi hidayah akhbar proksi Umno memfitnah beliau dengan mengatakan doa Ustaz Zakaria berbunyi begini “ Ya Allah , Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng… ( lihat Mingguan Malaysia 22/8/2010 m/s 5 ). Malahan ada disiarkan di dalam TV bagaimana seseorang membuat komen bahawa khutbah tersebut boleh dikatakan tidak sah kerana tidak ada doa kepada Yang Dipertuan Agung ( YDPA ). Wow ! sejak bila doa kepada YDPA menjadi rukun khutbah. Habislah semua khutbah Nabi tidak sah kerana di zaman Nabi YDPA tidak ada !
Mengapakah Umno terus menerus memainkan isu seperti ini ? Jawapannya mudah sekali iaitu amat mudah memainkan emosi rakyat dengan isu-isu sensasi ini. Percayalah Umno akan terus menerus memainkan isu seperti ini kerana bagi Umno undi adalah segala-galanya. Bagi mendapatkan undi matlamat menghalalkan cara. Umno tidak akan peduli sama ada isu yang dimanipulasi itu selaras dengan syara’ atau tidak.
Lihatlah pendirian Umno dalam isu kalimah Allah di dalam akhbar the Herald. Emosi mengatasi ilmu. Lihat pula dalam isu kuil dan memijak kepala lembu . Sekali lagi perasaan mengatasi ilmu pengetahuan. Lihat pula isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Umno tidak peduli seerah dan sunnah Rasulullah s.a.w . Lihat pula isu khutbah. Umno seronok memfitnah di dalam bulan yang penuh barakah.
http://peguampas.blogspot.com/
MP Selayang batal program di Masjid At-Taqwa esok
Abdul Rahim Sabri |
Perkara itu dinyatakan oleh pembantu peribadi ahli parlimen tersebut, Chan Foo Chuen dalam nota liputan kepada media.
"Harap maaf kerana program pemberian sumbangan di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru dibatalkan. Sekian terima kasih," demikian menurut nota liputan dari Chan.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan dalam nota liputan tersebut sebab majlis itu dibatalkan.
Ketika dihubung Malaysiakini, Chan berkata beliau tidak tahu mengapa majlis itu dibatalkan dan meminta supaya bertanya sendiri kepada William.
Malaysiakini kemudiannya berusaha untuk menghubungi William tetapi tidak berjawab. SMS yang dihantar kepada beliau juga belum dijawab.
Pembatalan tersebut dibuat beberapa jam selepas Chan menghantar nota liputan yang menyebut William akan menghadiri majlis tersebut di masjid berkenaan.
Menurut jadual awalnya, majlis sumbangan itu akan berlangsung pada jam 10 pagi di masjid berkenaan.
Sebelum ini, William menjadi sasaran Mingguan Malaysia kerana menghadiri majlis sumbangan kepada masjid yang sama.
Akhbar milik Umno itu melaporkan bahawa ahli parlimen Selayang itu diberi kebebasan berada di saf paling hadapan dalam masjid berkenaan.
Di bawah tajuk "Kesucian masjid terus dinodai", akhbar itu memetik sebuah laman blog, yang menyebut, pihak yang bersekongkol membenarkan William memasuki ruang solat masjid tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam.
William menjadi sasaran selepas akhbar berkenaan menyiarkan di muka depannya mengenai kunjungan kontroversi ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah surau di Kajang minggu lalu.
Akhbar itu menyebut, tindakan itu terbongkar "cuma sehari selepas umat Islam di negara ini dikejutkan dengan tindakan Teo 'bertaskirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat".
Perbuatan wakil rakyat PKR itu, lapor akhbar itu lagi, bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam.
22 pasangan dicekup dalam Ops Sayang
BERNAMA | ||
|
Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman berkata kesemua pasangan itu ditahan di beberapa hotel bajet sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya sepanjang operasi yang bermula pada pukul 11 malam semalam sehingga 4 pagi ini.
Beliau berkata pelbagai taktik licik dikesan cuba digunakan pasangan kekasih bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap seperti mendaftar masuk ke hotel atas nama masing-masing tetapi hanya menggunakan sebuah bilik.
"Curiga dengan tindakan itu, pihak kami pada mulanya pergi ke sebuah bilik yang didaftar namun tiada orang di dalamnya sebelum menyerbu ke sebuah bilik lagi.
"Di bilik itu, anggota JAIS yang terpaksa memecah masuk setelah pintu tidak dibuka mendapati ada seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim berada di dalamnya," kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Selain pasangan itu, Nurhamizah berkata terdapat seorang wanita yang disyaki berkhalwat dengan lelaki bukan Islam menggunakan nama kekasihnya dalam buku pendaftaran bilik sewa hotel bagi mengaburi pihak JAIS.
Nurhamizah berkata kesemua pasangan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dibawa ke ibu pejabat JAIS di Shah Alam untuk diambil keterangan dan diikat jamin sebelum dibebaskan.
Beliau berkata pasangan yang disyaki berkhalwat itu akan didakwa mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, katanya lelaki bukan Islam itu tidak akan didakwa oleh JAIS.
Heret segera Namwee ke mahkamah, kata Ahmad Maslan
BERNAMA | ||
|
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno berkata, tindakan pemuda itu yang berasal dari Muar menunjukkan beliau buta sejarah negara ini.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ceria Bubur Lambuk 1Malaysia di Kulaijaya hari ini, Ahmad berkata, tindakan terhadap Namewee perlu disegerakan sebagaimana tindakan pantas kerajaan mengheret mereka yang bertanggungjawab di dalam beberapa isu perkauman baru-baru ini.
Ditanya mengenai cadangan sesetengah pihak supaya kerakyatan Namewee itu dilucutkan, Ahmad berkata, soal hukuman terserah kepada mahkamah.
Katanya, klip video perkauman oleh Namewee itu yang tersiar di YouTube, membuktikan betapa pentingnya pengajaran sejarah negara di sekolah-sekolah dipertingkatkan.
Beliau berkata, kaedah pengajarannya juga perlu dilakukan dengan lebih kreatif dan selari dengan perkembangan dunia kini, supaya ia lebih menarik generasi muda.
Ahmad turut menyarankan supaya lebih banyak buku yang menyentuh tentang sejarah negara diterbitkan.
MB Perak belanja sakan pakaian raya
BERNAMA | ||
|
Kesemua kanak-kanak berkenaan adalah pelajar yang terpilih menyertai Program Anak Angkat Menteri Besar Perak yang dikendalikan Yayasan Bina Upaya (YBU).
Kegembiraan jelas terpancar di wajah semua kanak-kanak itu apabila diberi peluang memilih baju raya masing-masing oleh bapa angkat yang turut menemani mereka.
Pelajar Sekolah Kebangsaan Pos Gedong, Bidor, Sulen Amamar, 11, berkata beliau sangat gembira kerana terpilih menyertai program itu tahun ini dan berharap akan mendapat peluang yang sama pada tahun-tahun akan datang.
"Saya sangat gembira dapat pakaian dan kasut baru sempena hari raya ini. Sebelum ini, saya tidak pernah dapat baju yang cantik seperti yang dibeli di sini. Bila balik rumah, saya akan tunjukkan baju baru kepada keluarga.
"Terima kasih kepada Menteri Besar kerana memberi peluang kepada kami untuk membeli-belah di sini," katanya.
Bagi Haziq Shukri Khairul Anuar, 11, dari Sekolah Kebangsaan Ayer Papan, Tanjung Tualang, peluang membeli-belah bersama Menteri Besar merupakan hadiah yang tidak ternilai harganya.
"Pertama, saya berterima kasih kepada Menteri Besar yang sudi datang membeli-belah pakaian hari raya bersama-sama. Hari ini saya membeli baju Melayu dan baju t-shirt untuk dipakai sempena Aidilftri. Saya sangat gembira dan tidak dapat diucapkan dengan kata-kata kerana berpeluang menerima baju raya pada tahun ini," katanya.
Seorang lagi anak angkat iaitu Nor Amira Ismail, 11, murid Sekolah Kebangsaan Ulu Kenas, Kuala Kangsar, pula bersyukur kerana berpeluang membeli sepasang baju kurung, tudung dan kasut untuk Hari Raya Puasa yang bakal menjelang.
"Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terbabit dalam memberi bantuan kepada kami yang kurang berkemampuan ini. Sekurang-kurangnya, beban yang ditanggung ibu sebagai ketua keluarga, dapat dikurangkan dengan bantuan yang dihulurkan," katanya.
Program YBU bersama Jabatan Pelajaran Perak dimulakan tahun ini mengambil murid dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk disalurkan bantuan.
Pemandu senarai hitam boleh bayar ansuran
BERNAMA | ||
|
Beliau berkata perkara itu diputuskan bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri berkaitan masalah itu.
"Selepas 1 Mac, kena bayar penuh...mata demerit juga akan disambung semula," katanya ketika ditemui pemberita di kaunter JPJ, Terminal Bas Sementara Bukit Jalil, di Kuala Lumpur hari ini.
Pada 11 Ogos lepas, Kabinet memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang masih belum menjelaskan saman buat sementara waktu.
Tempoh penarikan itu juga diambil kira ekoran musim perayaan yang bermula dengan sambutan Aidilfitri diikuti Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.
Solah berkata bayaran saman secara ansuran itu boleh dibuat mengikut kemampuan pemandu.
Sementara itu, Solah berkata pihak JPJ juga akan membuat pemantauan terhadap perkhidmatan teksi selain bas, daripada segi tambang, penggunaan meter dan kerjasama daripada segi pengambilan penumpang.
"Pemandu teksi yang mengenakan tambang secara lebihan, tidak menggunakan meter dan enggan mengambil penumpang akan dikenakan tindakan seperti bayaran kompaun," katanya.
Mengulas isu "ulat tiket", Solah menasihatkan orang ramai agar membeli tiket yang sah di 92 kaunter yang terdapat di terminal bas dan bukannya dari ulat-ulat tiket sempena sambutan Aidilfitri akan datang.
"Tiket masih ada...pihak Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan tambah jumlah bas seperti bas sekolah dan bas kilang jika perlu. Masalah kehabisan tiket jelas tidak berbangkit," katanya.
Keindahan Islam: Masjid untuk semua
Wan Nik Wan Yussof |
Pendekatan bertugas Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang, 22 Ogos lalu semata-mata untuk memenuhi permohonan bantuan surau dan menyerahkan kepada pihak terbabit serta menyampai ucapan berhubung program pendidikan Kerajaan Negeri Selangor dilihat sudah dipromosi secara salah oleh pihak tertentu. Menyebabkan terbongkar satu lagi kejahilan amalan beragama sesetengah orang Melayu yang beragama Islam secara “keturunan.” Rasa sedikit pilu atas keserlahan kejahilan beragama itu turut dirasai oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana pendekatan itu merupakan antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah. Namun, menurut Tuan Guru ia menjadi bising kerana sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni. Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah. Menurut Tuan Guru lagi sepertimana dipetik Rizal (Harakahdaily 28 Ogos 2010), “kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid. Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi.” Benarkah mereka ini jahil? Kejahilan amalan beragama sesetengah orang Melayu yang beragama Islam secara “keturunan” dapat dibaca secara terbuka, terang dan nyata. Antaranya dalam Utusan Online (27 Ogos 2010) menyiarkan kenyataan jahil tuke, seorang pejuang Melayu (bukan pejuang agama) merangkap Yang Dipertua kepada sebuah pertubuhan (peringkat Negeri Selangor) yang ada kaitan dengan pejuang Melayu Pasir Mas ada berkata, pihaknya memandang serius tindakan Nie Ching kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan titah Sultan Selangor berhubung larangan menggunakan masjid dan surau untuk tujuan politik sebelum ini. Lalu menganggap tindakan ahli parlimen itu bertentangan dan menyalahi hukum kerana orang bukan Islam tidak boleh memasuki ruang solat masjid atau surau apatah lagi untuk menyampaikan ceramah kepada umat Islam. Lantas menyifatkan ia betul-betul satu penghinaan yang amat besar kepada umat Islam apabila ada seorang bukan Islam yang keadaannya tidak 'bersih' memasuki ruang solat utama surau berkenaan untuk mengadakan majlis dan membuat ucapan di situ. Malah turut mempersoalkan pula tindakan Teo Nie Ching itu, apakah kerana politik, maka hukum dan larangan orang bukan Islam masuk ke dalam ruang solat masjid dan surau boleh dihalalkan. Semua kenyataan itu disiarkan secara terang (bercetak) oleh akhbar Utusan Malaysia (28 Ogos). Turut disiarkan oleh akhbar yang sama ialah selaran oleh individu yang mengaku sebagai pengerusi kepada majlis gabungan pertubuhan tertentu (juga peringkat Negeri Selangor) dan sasarannya ialah menyelar tindakan pihak jawatankuasa surau Al-Huda ekroan berita membiarkan orang kafir (mungkin dimaksudkan kepada ahli parlimen Serdang) yang memasuki ruang solat dan memberikan ucapan dalam rumah ibadat itu. Selarannya itu turut dipetik sebagai berkata, sebagai pihak yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan aktiviti surau terbabit, barisan jawatankuasa surau itu seharusnya bersikap lebih peka dan sensitif dalam hal melibatkan persoalan agama. Lalu mengaitkan peristiwa (dimaksudkan kepada orang kafir masuk surau) itu dengan persoalan, adakah ideologi politik yang menjadi kepercayaan ahli-ahli PAS yang dikatakan berada dalam surau berkenaan melebihi daripada hukum dan larangan yang ditetapkan oleh ajaran Islam. Kemudian menyindir tindakan ahli politik (ahli parlimen wanita yang dimaksudkan itu mungkin Teo Nie Ching) dengan penegasan, “jika mahu memberikan bantuan atau mengadakan ucapan, kenapa tidak pilih saja tempat lain, kenapa perlu diadakan di dalam ruang solat surau berkenaan." Kenyataan mengejutkan Sesuatu yang mengejutkan ialah kenyataan salah seorang pihak berkuasa mengurus agama di Negeri Selangor (bukan Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali) yang telah membuat siasatan ke atas kes ahli parlimen wanita bukan Islam memasuki surau al-Huda sebagai benar berlaku (Utusan Malaysia 28 Ogos), lalu pihaknya membuat keputusan untuk mengambil alih Surau al-Huda dan mengurus pentadbrian surau itu serta merta. Jika kenyataan itu diamati, maka orang awam akan memahaminya sebagai suatu kesalahan besar bagi mana-mana pihak yang mentadbir masjid atau surau menerima kehadiran orang politik (bukan Islam) menyampaikan sumbangan dan berucap dengan menyentuh program Kerajaan Negeri Selangor. Maka layak dipersoalkan, apakah hukum (fatwa) menerima sumbangan dan ucapan dari orang politik di atas masjid? Atau apakah hukumnya orang bukan Islam hadir ke dalam masjid untuk menyampai sumbangan dan berucap? Implikasinya, jika hukum (fatwa) yang dipakai bagi kedua-dua keadaan itu adalah hukumnya haram, nyatalah ajaran Islam yang dianuti itu bukan menggambarkan keterbukaan Islam dan hakikat Islam itu bukan indah dan bukan untuk semua kaum. Natijahnya pendirian hukum itu boleh disifatkan batil. Tidak mengejutkan Di sebalik ada tindak balas sepertimana di atas, ada pula tindakan pemimpin cabang pemuda Umno Selangor (Bernama 28 Ogos) yang menganggap pendekatan ahli parlimen Serdang itu sebagai “mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.” Kenyataan itu tidaklah mengejutkan kita kerana memang Umno berkarat memperjuangkan sentimen kaum Melayu. Kenyataan hampir sama dengan ulasan ketua cabang wanitanya (Utusan Malaysia 28 Ogos) yang menganggap pendekatan ahli parlimen wanita (katanya dari DAP) itu adalah “menifestasi kebiadapan” pemimpin pembangkang kepada umat Islam. Persoalannya, adakah memberi sumbangan dan menceritakan program Kerajaan Negeri Selangor sebagai suatu kebiadapan? Mungkin bagi mereka (dua pemimpin Umno itu) rumah Allah (masjid, surau dan madrasah) hanya layak dimasuki orang Melayu sahaja. Lalu mata dacingnya begitu sensitif seakan-akan ahli parlimen (seorang dari kaum Cina) sudah menghunus senjata kepada pemimpin 1Malaysia. Jika demikian benarnya apa yang dipetik oleh Bernama (29 Ogos) itu, maka memang parah pemikiran 1Malaysia pemimpin generasi baru Umno, sampai gopoh begitu sekali! Penjelasan tuan terbabit Sehubungan dengan beberapa ulasan dan kenyataan yang mensasarkan kepada ahli parlimen Serdang itu, maka tuan punya diri (Teo Nie Ching) telah menjawabnya seperti dilapor menerusi blognya (http://www.wretch.cc/blog/teonieching/21522314). Antaranya beliau mengeaskan kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau, dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau. “Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik. “Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.” Berdasarkan pengakuan di atas, apakah pengadilan yang harus diberikan kepada ahli parlimen Serdang itu? Ataukah kita menerima apa yang dilaporkan media dan menganggap segala kecaman serta amaran daripada pelbagai pihak itu sesuatu yang benar dan adil? Hanya kerasionalan mampu menterjemahkan sesuatu yang benar dan adil. Kes sama dihadapi Jayakumar Pengarang Utusan Malaysia sebelum ini (5 November 2009) turut melaporkan cerita yang sama melibatkan sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang yang membenarkan Ahli Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar berucap di dalam masjid. Lalu dikatakan seorang ketua bagi pihak berkuasa agama menegaskan, “orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.” Kenyataan itu berbau hukum (fatwa) sahih kerana membuat analogi yang tepat, iaitu Islam melarang wanita berhaid masuk dalam masjid. "Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat.” Realitinya, Jayakumar hanya hadir berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan dibuat di dalam masjid (pada 31 Ogos 2009). Peristiwa itu seakan sama dengan apa yang dihadapi Teo Nie Ching. Apapun, tindakan pihak berkuasa agama itu adalah seakan menyokong memorandum Pemuda UMNO ketika itu yang dikatakan melihat tindakan Jayakumar itu hanya boleh berucap di pekarangan masjid tanpa perlu menggunakan dalam masjid. Fatwa bukan Islam boleh masuk masjid Apa yang difahami daripada beberapa kenyataan pemimpin Umno, pihak berkuasa agama mahupun beberapa penulisan yang termuat dalam Utusan Malaysia (akhbar Penyebar Fikiran Rakyat) pada 30 Ogos 2010 dilihat menyerang Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Malah kesan daripada kenyataan dan penulisan itu secara terang telah memberi imej buruk kepada ajaran Islam itu sendiri. Justeru Islam sudah tiada keindahan lagi dalam konteks hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Hayatilah kenyataan fatwa yang dibaca seperti berikut: “Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. “Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. “Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.” Landasan mengukuhkan fatwa Sehubungan dengan fatwa tersebut, kita umat Islam seharusnya berfikiran rasional berasaskan beberapa landasan hukum harus atau haram orang bukan Islam memasuki masjid. Berpandukan beberapa sumber, tulisan ini memaparkan beberapa pandangan ulama’ mengenai hukum harus dan haram bagi orang bukan Islam memasuki masjid. Antaranya pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi yang menyatakan harus termasuklah Masjidil Haram dengan berhujah bahawa Rasulullah SAW pernah menerima tetamu dari Thaqif, yang masih belum Islam pada masa itu di masjidnya dan tinggal di situ sebelum mereka memeluk Islam. Dalam hal ini, Imam Ahmad Hanbal menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan yang munasabah. Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi SAW untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, Nabi menyebut kepada sahabat, “biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka).” Selain itu, Imam Bukhari menerusi sebuah hadis menyebutkan bagaimana seorang bukan Islam bernama Thumamah ibn Athal diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu): “Rasulullah SAW menghantar seorang berkuda ke arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah (sedang mengintip) bernama Thumamah ibn Athal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Selepas tiga hari, yakni setelah Thumamah melihat bagaimana umat Islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya, akhirnya dia memeluk Islam kerana tertawan dengan keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam. Meskipun firman Allah SWT (al-Taubah ayat 28) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini.” Namun, ayat ini menegah orang-orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram dalam keadaan telanjang sebagaimana adat mereka ketika jahiliyyah adalah menghina Masjidil Haram. Ini kerana apa yang menjadi najis bukan tubuh badan mereka tetapi iktikad mereka. Imam Abu Hanifah menyatakan orang bukan Islam dibenarkan memasuki Masjidil Haram sekadar lalu, tidak dibenarkan duduk dan menetap (sebagaimana sebahagian umat Islam) dan ‘kotor' sebagaimana difahami adalah kekotoran syirik yang melibatkan hati bukan kekotoran fizikal. Begitu pula ada pandangan ulama-ulama mazhab Syafie membolehkan bukan Islam memasuki masjid dengan izin kaum Muslimin kecuali Masjidil Haram (rujuk Raudhah Tolibin, Jil.1. Hlm. 296). Pandangan yang sama dengan Imam Ahmad dan sebahagian ulama Mazhab Hambali. Ia berlandaskan kata-kata Said bin Musayyib: “Sesungguhnya Abu Sufyan masuk ke Masjid Madinah ketika dia belum Islam, namun itu tidak diizinkan untuk Masjidil Haram (Rujuk Tafsir Ibnu Abi Hatim mengenai ayat 28, surah al-Taubah). Apapun, pandangan Imam Ahmad bin Hanbal adalah haram orang bukan Islam memasuki masjid. Ia disokong majoriti fuqaha mazhab Hambali. Asasnya berpandukan hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Umar bin Al-Khattab pernah menyuruh seseorang memasuki masjid tetapi dihalang oleh Abu Musa kerana orang itu seorang Nasrani. Saidina Umar tidak membantah halangan Abu Musa. Pandangan ini diperkuatkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya mengenai ayat 28 surah al-Taubah. Namun, pandangan mazhab Malik (rujuk Hasyiah al-Showi dan Hasyiah al-Dusuki) orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke masjid sekalipun diizinkan oleh orang-orang Islam melainkan dalam keadaan darurat (tertentu). Asasnya kerana dibimbangi akan berlaku perkara-perkara yang menghina kesucian masjid. Keadaan darurat itu dirujuk kepada perbezaan jenis orang bukan Islam itu sama ada harbi, zimmi atau ’ahdi. Maka yang bertaraf zimmi adalah mereka yang sedia mesra dengan Islam tidak mungkin menghina kesucian masjid. Kunci fatwa Apapun perbahasan harus atau haram orang bukan Islam memasuki masjid tetap berteraskan kepada firman Allah SWT (al-Taubah ayat 28) bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini.” Justeru itu, ada pandangan yang melihatnya paling kurang terdapat tiga isu yang diperbincangkan oleh ulama Islam: pertama, orang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, kedua mengapa orang bukan Islam dilarang memasuki Masjidil Haram, dan ketiga orang bukan Islam memasuki masjid selain Masjidil Haram. Sehubungan itu perlu juga dirujuk kepada maksud firman Allah (an-Nisa’ ayat 43), “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu saja.” Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat ini. Namun Imam Abu Hanifah dan Ahmad menghalusi dalam hal tersebut. Sementara di sisi mazhab Maliki dan Syafie pula melarang memasuki Masjidil Haram, namun demikian bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) dibolehkan untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu. Masjid selain Masjidil Haram Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap melarang orang bukan Islam memasuki masjid. Manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan memasuki masjid-masjid selain Masjidil Haram dengan syarat-syarat tertentu. Ibn Hajar juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah (merujuk hadis mengenai Thumamah ibn Athal) tersebut. Imam Nawawi yang merujuk hadis ini berkata harus mengikat tawanan dan menahannya serta harus bagi seorang yang bukan Islam memasuki masjid. Bagi Mazhab Syafie keharusannya dengan syarat mendapat keizinan dari umat Islam sama ada orang bukan Islam itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya (rujuk Syarah Sohih Muslim 12/87). Selain yang di atas, al-Muzani merupakan murid Imam Syafie juga berbeza ijtihad dengan gurunya. Bagi al-Muzani menyatakan tidak harus orang bukan Islam memasuki masjid, apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan, sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat (an-Nisa’:43) di atas menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu sahaja. Bagi al-Mawardi pula, apa dimaksud al-Muzani, iaitu sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika tidak harus bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah orang bukan Islam lebih-lebih lagi dilarang––kerana mereka dikira sentiasa berjunub. Malah kata-kata Imam Syafie dalam hal ini, iaitu “tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram (rujuk al-Hawi al-Kabir 2/268). Rumusan hukum Majoriti ulama bersepakat orang bukan Islam tidak boleh memasuki Masjidil Haram. Sementara agak jelas terdapat ijtihad yang berbeza di dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid selain Masjidil Haram. Namun didapati majoriti ulama silam dan masa kini dilihat mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa, tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Antara syaratnya mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan, mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya, dan orang bukan Islam mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya. Sesungguhnya Islam menggalakkan toleransi dan keharmonian hidup antara Islam dan orang bukan Islam. Jika masuknya orang bukan Islam itu untuk menyampaikan ucapan yang boleh membawa kepada persefahaman lebih baik, maka ia amat digalakkan. Selari dengan hakikat Islam ialah agama yang mengamalkan dialog yang bermanfaat dalam maksud dengan semua kaum dan agama. Selari dengan panegasan Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar bahawa mengikut fuqaha’ mengenai maksud firman Allah SWT (merujuk kepada at-Taubah: 28 dan an-Nisaa’: 43) majoriti fuqaha’ termasuk kalangan Mazhab Maliki, Shafie dan yang lainnya hanya musyrikin atau penyembah berhala tidak dibenarkan memasuki Masjidil Haram di Mekah. Bermakna tidak salah kalau orang Kristian (Nasrani) dan Yahudi memasukinya. Berdasarkan kepada pandangan dinyatakan, umumnya orang bukan Islam dibenarkan untuk memasuk masjid dengan berpandukan keadaan, iaitu tidak harus memasuki Masjidil Haram kecuali dengan kebenaran pihak berkuasanya, ada alasan kukuh atas sifat memberi kebaikan di sisi Islam, menghormati kemuliaan masjid sebagai tempat suci untuk beribadah dan menjaga tingkahlaku termasuk berpakaian sopan menurut Islam. Apapun pandangan ulama’ membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid adalah bersandarkan sirah di zaman Nabi yang menghukum Thumamah ibn Athal diikat di tiang Masjid Nabawi dan orang Nasrani Najran dibenarkan masuk ke Masjid Nabawi. Rumusannya, jalur mazhab Hanafi membenarkan orang bukan Islam memasuki semua masjid, Syafie pula membolehkan bagi semua masjid melainkan Masjidil Haram dan sekitar tanah haram Mekah, dan mazhab Maliki pula tidak harus melainkan kerana darurat ada kerja yang kepakaran berada pada orang bukan Islam. |
Surau: Hasan akan panggil Khusrin
Ismail Hashim |
SHAH ALAM: Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan memanggil Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammad Khusrin Munawi dalam masa terdekat. Beliau berkata demikian berhubung isu penyertaan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam majlis bantuan kewangan kerajan negeri di Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Kajang baru-baru ini. Dalam sidang akhbar yang diadakan di Bangunan SUK, dekat sini petang tadi, Dr Hasan berkata, usaha itu dilakukan untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil oleh Khusrin berhubung perkara itu. “Dalam pertemuan itu nanti, banyak perkara boleh dikongsi bersama kerana saya telah mendapat banyak input dari kalangan masyarakat termasuk intelektual yang pakar dalam bidang berkaitan yang memerlukan perbincangan lanjut,” jelasnya. Sebelum itu, Dr Hasan menegaskan perkara itu telah dieksploitasi oleh pihak-pihak yang ingin menangguk di air keruh lantas keadaan ini telah menimbulkan reaksi segera di pihak Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais. “Sedangkan Teo memang dijemput sebagai tetamu atas sifat beliau sebagai Ahli Parlimen Serdang di mana beliau dijemput menyampaikan bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah parlimen itu. “Beliau telah dijemput masuk ke dewan solat surau untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya menyampaikan ucapan ringkas. Ucapan beliau tertumpu kepada usaha-usaha kerajaan negeri dalam membantu pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi,” jelasnya. Ekoran dari itu, Pengerusi serta Bendahari Surau dan Pembantu Khas Teo dipanggil memberi keterangan di hadapan Pengerusi Mais, Pengarah Jais dan wakil istana lalu keputusan diambil dengan membubarkan jawatankuasa surau dan Masi mengambil alih pentadbiran surau. Dr Hasan kesal kerana ada akhbar melaporkan kejadian itu dengan begitu berat sebelah antaranya Teo dikatakan menyampaikan ‘tazkirah’ dan dalam majlis itu beliau disebutkan sebagai menyampaikan bantuan kewangan kepada ahli-ahli PAS. “Berdasarkan rentetan kejadian di atas saya telah mengambil inisiatif berikut antaranya, cuba menasihatkan semua pihak termasuk ahli-ahli politik demi menjaga sensitiviti setiap golongan rakyat mereka dengan memaklumkan rancangan kehadiran mereka kepada pihak-pihak yang berwajib supaya tatacara penggunaan surau dan masjid dapat dipatuhi. “Saya juga akan mencadangkan supaya digubal peraturan yang lebih detail dengan memperincikan langkah-langkah yang mesti diambil dan tatasusila yang mesti dipelihara bagi mereka yang berhajat menggunakan kemudahan surau dan masjid di Negeri Selangor,” tegasnya. Menjawab satu pertanyaan tentang desakan Pemuda Umno agar beliau meletakkan jawatan ekoran peristiwa ini, Dr Hasan berseloroh, jika ikut desakan itu, setiap kali bukan Islam masuk masjid, sudah beribu kali beliau terpaksa meletakkan jawatan. Persoalan di sini, jelasnya, adalah bagaimana peraturan sebenar dan bagaimana pula penguatkuasaannya, tidak timbul masalah Hasan Ali tetapi yang utama, isu ini segera diselesaikan. |
Raya: Kakitangan awam Kelantan dapat RM500
Rizal Tahir |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas hari raya sebanyak RM500 kepada lebih 5,000 orang kakitangannya sebelum Aidilfitri ini. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikk Mat berkata, sumbangan yang melibatkan jumlah RM2.2 juta itu sebagai menghargai jasa kakitangan yang tekun membangunkan negeri. Menurutnya, tarikh sebenar penyerahan bantuan khas itu belum diputuskan tetapi cek berkenaan telah siap diurus. Tambahnya, kakitangan awam bermula dari gred 54 dan ke bawah layak menerima bantuan khas itu. Beliau mengumumkan perkara itu selepas solat sunat tarawih di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini malam ini. Tuan Guru berkata, beliau seronok dengan pemberian berkenaan kerana dapat menghargai jasa kakitangan kerajaan negeri. |
Tandatangan online sokong hapus saman ekor
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berharap anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara online sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara halus. Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, ini lanjutan daripada pelancaran Kempen Sejuta Tandatangan Bantah Saman Ekor yang dilancarkan pada 23 Ogos lepas di Bazaar Ramadhan Pasar Keramat. Tambahnya, tandatangan bolehlah diturunkan di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html mulai sekarang dan akan berakhir pada 31 Oktober nanti. Katanya, walaupun kempen itu sedang rancak gerak kerjanya di peringkat parlimen yang diuruskan oleh setiausaha DPP kawasan-kawasan, namun DPPP merasakan perlunya satu alternatif yang lain iaitu dengan melalui dunia siber yang semakin popular terutamanya di kalangan masyarakat bandar dan ibu kota. “Kempen begini dirasakan perlu oleh DPPP dalam usaha untuk menarik masyarakat terutamanya golongan anak-anak muda untuk menyatakan sokongan supaya dapat bersama-sama DPPP bagi menyatakan sikap terhadap kerajaan Malaysia agar memansuhkan terus saman ekor, bukannya menangguhkannya,” ujarnya. DPPP melancarkan kempen tersebut sebagai sokongan kepada usaha Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena melalui Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang begitu komited dalam menentang saman ekor. Katanya, kempen itu dijalankan ekoran kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka yang telah disenaraihitamkan ekoran mempunyai saman ekor. Tambahan pula, ujarnya dengan rintihan rakyat tentang saman ekor yang jelas membebankan, maka DPPP mengambil ketetapan untuk mengumpul tandatangan membantah saman ekor dan sedang digerakkan ke seluruh negara yang mana kemudiannya akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda bantahan. |
SPR, KPN dan AG di bawah parlimen jika PR kuasai Putrajaya
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR: Perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika memerintah negara adalah meletakkan beberapa konstitusi penting negara di bawah parlimen. |
Negara Dijajah Yahudi APCO, Mau Jerit MERDEKA Lagikah?
Kerajaan Upah 'Konsultan Luar', Negara Merdeka?
Benarkah Malaysia benar-benar merdeka ?
Itu persoalan yang timbul saat rakyat negara ini merayakan kemerdekaan kali ke-53.
TV Selangor mendapatkan ulasan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu yang juga Setiausaha Agung Seketeriat Himpunan Ulama Asia (Shura), Azmi Abdul Hamid.
“Saya berpandangan, kita belum mencapai kemerdekaan yang murni atau tulen kerana banyak perkara yang mutakhir ini menandakan kita masih dijajah pemikiran dan pengaruh luar.
"Ini termasuk memilih konsultan luar untuk menentukan kita meningkatkan imej, kemudian kita tidak lagi keluar daripada model pembangunan dan model ekonomi yang betul-betul merdeka daripada erti kata yang sebenar," katanya.
Azmi dipercayai merujuk kepada Apco Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Yahudi-Zionis, apabila menyebut konsultan luar.
Selain itu, beliau juga kesal kerana kerajaan gagal menjulang martabat bahasa kebangsaan hingga mendorong rakyat masih taksub kepada bbahasa asing dalam pertuturan seharian.
“Kita masih lagi ada ketakjuban kepada bahasa asing termasuk bahasa Inggeris sehinggakan melarat dalam perbualan seharian. Budaya itu bukan menunjukkan kemajuan tetapi kita berpatah ke belakang.
"Nampak sangat dasar kerajaan longgar dalam menentukan dasar bahasa dan budaya," katanya. -TVS
Merdeka: Anwar selar 'pelampau peralat sentimen'
Sempena ulang tahun kemerdekaan negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno yang disifatkannya tanpa segan silu menuduh orang lain pengkhianat dan pembelot demi kepentingan politik sendiri.
Sedangkan, menurut ketua umum PKR itu, pihak itulah sebenarnya yang memperalat sentimen perkauman sempit dan agama.
"Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna kemerdekaan?" katanya.
Dalam perutusan kemerdekaan hari ini, Anwar juga menegaskan keperluan mempertahankan perlembagaan dan menjaga hak dan kepentingan Melayu-Islam seperti termaktub dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau antaranya menyeru:
- Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan, melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri negeri Sabah-Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.
- Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.
- Memartabatkan pengunaan bahasa Melayu dan memperluaskannya sebagai lingua franca serta melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh turut mengulangi gesaan supaya akta kontroversi ISA dimansuhkan serta mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan darurat yang masih berkuatkuasa.
Atas semangat persekutuan, Anwar juga berharap wujudnya hubungan yang adil antara kerajaan pusat dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak. -mk
Sambutan Hari Kemerdekaan tetap meriah tanpa perarakan
KUALA LUMPUR — Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 peringkat nasional meriah dan mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya diadakan di ruang tertutup di Stadium Putra di Bukit Jalil, bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadan.
Stadium yang sering kali menjadi tumpuan acara sukan, pelbagai konsert hiburan dan acara pertandingan berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, hari ini bertukar wajah apabila dilimpahi dengan warna-warni semangat 1Malaysia.
Bertemakan “1Malaysia Menjana Transformasi”, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini memuatkan pengisian agenda yang berbeza dari tahun-tahun lepas.
Tampil segak, berwajah segar serta bersemangat waja, lebih 10,000 orang hadir bersama keluarga masing-masing dengan menggenggam erat Jalur Gemilang untuk dikibarkan pada acara kemuncak sambutan.
Acara sambutan bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah tepat pukul 8 pagi diikuti dengan tiupan nafiri.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abd Rahman, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta menteri-menteri Kabinet tiba lengkap berbusana batik 1 Malaysia selain duta-duta asing dan pemimpin parti-parti politik.
Ketibaan tetamu kehormat disambut lambaian dan sorakan kira-kira 940 kontinjen pelambai yang berbaris di sepanjang jalan yang terdiri daripada 500 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan 440 pelajar Unit Diploma Pengurusan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).
Sebaik tiba, Seri Paduka mengambil tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja.
Tuanku Mizan kemudian memeriksa kawalan kehormat utama yang terdiri daripada empat pegawai dan 107 anggota Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Ahmad Muzaimi Mohd Ali.
Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang serentak dengan nyanyian lagu Negaraku dan tembakan meriam sebanyak 14 das, dan kemudian diikuti dengan bacaan ikrar oleh 53 orang terdiri daripada wakil pendidik, perkhidmatan awam, swasta, perbadanan bukan kerajaan, seni dan budaya serta orang kurang upaya dari pelbagai kaum, diketuai oleh Pegawai Ko-Kurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Gombak Mohd Faizullah Buyong.
Semangat patriotik mula menyelubungi seluruh stadium apabila kata keramat Merdeka dilaungkan sebanyak tujuh kali diikuti dengan laungan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang turut dilaungkan dengan penuh semangat oleh orang ramai yang memenuhi stadium.
Suasana kemudiannya bertukar lebih meriah apabila Persembahan Khas 1Malaysia yang mengandungi lapan segmen ditampilkan dalam bentuk penceritaan menerusi elemen penataan cahaya, kumpulan koir, kumpulan bicara berirama, penggunaan laser di lantai serta pergerakan formasi unik dan kreatif oleh kumpulan persembahan arena yang membentuk mesej 1 Malaysia.
Bermatlamatkan mengimbau kembali perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu, segmen pertama iaitu Gagasan 1 Malaysia membawa tetamu kehormat dan orang ramai menonton antaranya potret bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra, Yang di-Pertuan Agong pertama hingga ke-13 serta Perdana Menteri pertama hingga kini menerusi paparan visual yang disediakan.
Arena (ruang tengah) stadium kemudian mula dibanjiri seramai 1,640 peserta terdiri daripada kumpulan persembahan yang membentuk pergerakan formasi penceritaan, juga dibantu kumpulan bicara berirama serta kumpulan koir menerusi segmen kedua iaitu Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Segmen itu mengisahkan mengenai RMK-10 yang antara lain menekankan bidang pendidikan sebagai satu daripada agenda utama ke arah membangunkan insane bertaraf dunia.
Keasyikan penonton semakin terasa menerusi segmen seterusnya seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Kreatif dan Inovatif, Model Baru Ekonomi, Kejayaan Negara, dan Kepantasan Bertindak di mana pengisiannya bukan saja bermesejkan 1 Malaysia malah menjelaskan rancangan dan transformasi kerajaan berdasarkan pada pergerakan formasi manusia, visual, kumpulan koir dan kumpulan bicara berirama yang dipersembahkan.
Paling mencuri tumpuan ialah drama aksi terjunan dari Unit Lawan Keganasan yang cuba menyelamatkan tebusan menerusi segmen Kepantasan Bertindak.
Dalam segmen tersebut turut dipersembahkan Tempur Tanpa Senjata, Gerak Para, Kawad Senyap dan Aksi Komando dari pasukan anggota keselamatan negara.
Konsep penceritaan persembahan kali ini bukan sahaja berpandukan pada pergerakan formasi manusia, penggunaan audio visual, penataan cahaya malah ketekunan dan ketangkasan kumpulan bicara berirama dan kumpulan koir dalam meningkatkan semangat patriotik di kalangan penonton yang hadir, jelas dapat dirasai.
Sebagai persembahan penutup, nyanyian lagu 1 Malaysia, Joget Malaysia dan Jalur Gemilang oleh kumpulan koir dari penuntut Universiti Lim Kok Wing, Institut Pendidikan Guru (IPG), artis kebudayaan dan peserta persembahan menyemarakkan lagi suasana apabila kemerduan lagu patrotik itu disemarakkan lagi dengan laungan nyanyian oleh semua peserta persembahan yang terlibat dalam menjayakan acara sambutan kemerdekaan kali ini.
Sambutan yang berlangsung kira-kira 90 minit itu, dijayakan 8,727 peserta kontinjen yang terdiri daripada jabatan dan institut dari Kementerian Pelajaran seperti Institut Pendidikan Guru, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutan.
Ia turut disertai oleh Pasukan Anggota Keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kumpulan Sokka Gakkai Malaysia, pasukan PDRM tanpa uniform, Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dari setiap negeri, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Universiti Lim Kok Wing dan Intan.
Police nafi tahan Namewee
Ketua Jabatan Jenayah Polis Johor Datuk Amer Awal berkata, pihaknya masih menyiasat kes membabitkan Wee dan belum ada rancangan untuk menahan pemuda itu.
“Tidak benar, tidak benar. Kami masih menyiasat,” kata Amer kepada The Malaysian Insider.
“Tidak ada,” kata beliau ketika ditanya sama ada polis mencarinya semalam.
Menjelang tengah malam tadi, Wee memuatkan mesej laman Facebook bahawa kereta peronda datang ke rumahnya di Muar untuk menahannya.
Mesejnya berbunyi: “3 POLICE CARS FINALLY CAME TO MY MUAR HOME TO ARREST ME***** this happened 15 minutes before our 53rd National Day Celebration, YES, I’m still here but for how long more, I don’t know ... my beloved MALAYSIA, where is our justice system?! (THIS IS NOT A JOKE).”
Rakannya ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata memang Wee ada memuatkan mesej itu selepas mengesyaki polis mahu menahannya.
“Tetapi dia tidak ditahan,” katanya.
“Dia sedang mendapatkan nasihat peguamnya, kita tunggu perkembangan,” kata rakannya itu ketika dihubungi pagi.
Mesej itu menarik lebih 3,000 komen.
Klip video terbaru itu dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.
Wee dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.
Selain itu Wee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.
Semalam, Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan sudah menerima empat laporan berhubung klip video berbaur perkauman Wee.
Laporan pertama dibuat kelmarin di IPD Kulaijaya dan tiga lagi laporan dibuat semalam di Johor Jaya, Pasir Gudang dan Masai.
“Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Dalam entri bertarikh 28 Ogos pada blog itu, Wee antaranya menyebut video klip tersebut dibuat bagi mempertahankan perlembagaan sebenar dan mengutuk sesiapa yang tidak menghormati usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam membina negara 1 Malaysia.
Kenyataannya dalam laman blog itu juga menyebut klip video berkenaan sudah ditarik balik kerana dia telah pun mencapai matlamat menyampaikan rasa antiperkauman.
Ibrahim perlu baca semula konsep 1 Malaysia, kata Umno
Ahmad berkata, Ibrahim sepatutnya meneliti dan memahami terlebih dahulu konsep 1 Malaysia sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Beliau (Ibrahim) kawan saya, jadi saya tidak mahu bergaduh dengan beliau.
“Kalau beliau tidak faham tentang konsep 1 Malaysia saya sarankan supaya beliau baca semula buku kecil 1 Malaysia yang boleh diambil di pejabat Jabatan Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata, Ibrahim sepatutnya tidak mempersoalkan dan memperbesarkan konsep 1 Malaysia yang dibentuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Tiada apa yang hendak dipertikaikan dalam konsep 1 Malaysia, rakyat semua sudah jelas, mengapa beliau masih tidak faham?
“Saya nasihatkan Ibrahim dan Perkasa supaya jangan memperbesarkan perkara yang tiada,” katanya.
Kelmarin, Ibrahim memberi tekanan baru ke atas Najib dengan meminta menjelaskan konsepnya 1 Malaysia, yang sesetengah pengkritik menganggapnya sebagai slogan cetek dan tidak membantu meredakan ketegangan kaum.
Ibrahim berkata, konsep 1 Malaysia telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dengan mendakwa ia merujuk kepada soal kesamarataan antara kaum.
“Kami meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep 1 Malaysia,” kata wakil rakyat Pasir Mas itu.
Ibrahim juga mencabar Najib agar membentangkan resolusi Parlimen untuk menggugurkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan jika konsep 1 Malaysia benar-benar merujuk kepada soal kesamarataan.
Perkara 153 merujuk kepada hak keistimewaan Bumiputera dan membolehkan kerajaan mengadakan kuota di institusi pengajian tinggi, peluang pekerjaan sektor awam dan permit.
Mengulas lanjut Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, konsep 1 Malaysia merujuk kepada soal perpaduan kaum, nilai-nilai murni dan juga berpandukan Perlembagaan Persekutuan.
“Fokus utama dalam konsep 1 Malaysia adalah perpaduan kaum di mana orang Melayu, Cina dan India boleh bersatu dan menjadi aset utama negara.
“Selain itu, konsep 1 Malaysia berpegang kepada lapan nilai murni iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
“Malah konsep 1 Malaysia juga berpandukan kepada Perlembagaan Negara, jadi konsep ini akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara,” katanya.
Selain Perkasa, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut mempersoalkan keberkesanan konsep 1 Malaysia, yang dibawa Najib sejak dilantik sebagai Perdana Menteri April 2009, ekoran insiden-insiden bersifat perkauman dengan dua pengetua mengeluarkan kenyataan berbaur rasis.
Malaysia Malap Di Bawah Umno-BN Setelah 53 Tahun Merdeka
SHAH ALAM - Umno-Barisan Nasional menyebabkan Malaysia ketinggalan jauh kebelakang dari segi pencapaian ekonomi berbanding negara jiran di rantau ini setelah 53 tahun merdeka.
Ketua WAnita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata Malaysia sebelum ini menjadi penonton kepada kebangkitan rakyat di negara jiran yang bangun menentang kebobrokan pemerintahan seperti di Filipina, Indonesia dan Thai.
Dari segi ekonomi pula katanya, negara sedang menyaksikan kebangkitan Vietnam dan Laos daripada status negara yang punah akibat perang menjadi negara yang rancak kadar pertumbuhannya di rantau ini.
Sementara Brunei pula sedang giat memacu pertumbuhan sambil beransur-ansur meninggalkan imej hebatnya suatu masa dulu sebagai antara negara pengeluar minyak utama di dunia.
Justeru, beliau menggesa perubahan harus dilakukan jika Malaysia mahu diselamatkan.
"Pencapaian kita tidak cemerlang bagi sebuah negara yang telah sekian lama merdeka dan dianugerahkan hasil bumi yang begitu banyak.
"Kita juga mendapati dalam keadaan ekonomi yang mencabar di seluruh dunia, Malaysia masih kekal untuk sekian kalinya dengan belanjawan defisit. Walaupun kurang pendapatan hasil minyak, Malaysia lembap untuk menukar corak perbelanjaannya agar berhemah dan kurang usaha memerangi ketirisan. Cabaran ini ditambah lagi dengan merosotnya keyakinan pelabur asing terhadap negara kita," kata beliau.
Zuraida mahu rakyat Malaysia melihat ke belakang dan merenung kembali kesilapan dan berani untuk melakukan tranformasi negara jika ingin kekal sebagai sebuah negara demokrasi yang berdaulat.
Katanya, tahun ini sempena kemerdekaan ke-53, Malaysia sudah merdeka lebih daripada dua generasi dan pemimpin yang dipilih sendiri oleh rakyatnya telah sekian lamanya mencorakkan pentadbiran negaranya sendiri untuk kepentingan rakyat.
"Setelah dua generasi berlalu amat wajar untuk mengimbas semula apa yang telah kita capai," katanya dalam perutusan kemerdekaan hari ini.
Zuraida berkata, tsunami politik daripada Pilihan Raya Umum ke-12 telah menjadikan lima buah negeri diperintah oleh dua kerajaan yang berbeza, diperingkat negeri oleh Pakatan Rakyat manakala Barisan Nasional memerintah di kerajaan Pusat.
"Ini merupakan satu era baru di mana rakyat bulat memilih untuk memberi kepercayaan mentadbir negeri mereka kepada gabungan pemerintah selain daripada BN.
"Rentetan itu, kita telah digegarkan oleh satu episod rampasan kuasa oleh BN terhadap pentadbiran kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. Rakyat negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya masih terpingga-pingga bagaimana episod yang memalukan ini boleh berlaku.
"Sebagaimana tsunami PRU 12, peristiwa ini kekal sebagai sebahagian daripada ungkapan sejarah negara kita," kata Zuraida lagi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah hidup harmoni bersama sejak puluhan tahun selepas merdeka.
Namun katanya, kebelakangan ini kedengaran suara sumbang yang mengugat toleransi agama di negara ini.
"Negara yang matang demokrasi sepatutnya menambah mutu - lebih harmonis dan toleran.Bagaimana perkara ini boleh berubah, adakah nilai budi kita semakin terhakis?
"Kita mendengar suara anak kelahiran negara kita mendesak agar peluang samarata diberikan kepada semua rakyat dan semua negeri sambil tidak menafikan tumpuan khas kepada golongan terpinggir dan masih memerlukan.
"Kita juga masih terkejut dengan penghijrahan sejuta warganegara Malaysia keluar meningggalkan negara kita dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini! Apakah yang telah berlaku, adakah kedua-dua isu ini berkaitan?
Setahun Berlalu, Adik Beng Hock Harap Keadilan Dapat Ditegakkan Sempena Hari Merdeka
Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR - Teo Lee Lan, adik kepada bekas pembantu politik, Teo Beng Hock yang mati semasa dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia setahun lalu berharap keadilan kepada mendiang abangnya dapat ditegakkan.
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53 Lee Lan menyampaikan harapan beliau dan keluarga dalam mesej melalui rakaman video.
"Keadilan begitu sukar (diperolehi). Dalam tempoh satu tahun yang lalu keluarga kami menunggu, tetapi masih tidak ada jawapan tentang kematian Beng Hock. Kami tertanya-tanya, adakah akan ada jawapan?
"Hari kemerdekaan sudah hampir, tetapi kalau jawapan ini masih belum diperolehi, bagaimanakah kami boleh menyambut hari kemerdekaan ke-53?" soal Lee Lan dalam ucapan Hari Merdeka selama hampir dua minit yang dimuatnaik di laman web youtube.
Pada 16 Julai 2009, Beng Hock yang bertugas sebagai setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM Selangor di sini.
Sehari sebelumnya, beliau dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan Dewan Undangan Negeri yang membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat di Selangor.
Berikutan itu, satu inkues ditubuhkan bagi menjalankan siasatan bagi menentukan punca kematiannya di Mahkamah Shah Alam, di ketuai koroner, Azmil Muntapha Abas.
Semenjak inkues bermula pada 29 Julai 2009, belum ada keputusan muktamad berhubung punca kematian Beng Hock walaupun pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak menolak kemungkinan 80 peratus mangsa dibunuh.
Lee Lan berharap tidak akan ada lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa akibat kezaliman pihak yang tidak bertanggunggjawab dalam tindakan dan prosedur mereka ketika menjalankan tugas.
"Saya berharap, seluruh rakyat Malaysia ketika menyambut Hari Kemerdekaan, akan memperingati Beng Hock dan juga semua rakyat yang terkorban akibat seksaan (seperti ini). Biarlah Beng Hock menjadi orang yang terakhir.
"Ketidakadilan yang dialami oleh beliau, akan membawa perubahan yang nyata, maka hak asasi saudara mara anda akan terjamin. Saya berharap, anda tidak akan mengalami kesengsaraan kehilangan ahli keluarga yang tersayang," kata Lee Lan mengakhiri ucapannya.
Kalah Berhujah Umno-BN Guna Senjata Sentimen Perkauman, Agama
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan pimpinan Umno yang tanpa segan silu menuding jari kepada orang lain sebagai pengkhianat dan pembelot demi kepentingan politik.
Sebaliknya, menurut kata Anwar Umno-BNlah sebenarnya pihak yang memperalat sentimen perkauman sempit dan agama.
Tambahnya, walaupun Umno sudah kehilangan senjata untuk berhujah, mereka sanggup memperalat sentimen perkauman sempit dan agama demi laba politik semata-mata.
"Mutakhir ini sering pula ada golongan yang seperti hilang sudah karamah diri, tanpa segan silu menuding mereka yang lain sebagai pengkhianat dan pembelot.
"Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna Kemerdekaan," kata beliau dalam perutusan Hari Merdeka ke-53 hari ini.
Anwar berkata, Kemerdekaan pastinya mempunyai makna teristimewa dan penting buat seluruh rakyat Malaysia.
Kata beliau, ia menyedarkan rakyat akan kewujudan sebuah negara yang menjadi tempat berteduh dan berlindung.
"Jarang sekali Kemerdekaan dicapai tanpa sebuah perjuangan, walau wadah perjuangan itu tidak semestinya menumpahkan darah. Perjuangan hatta dengan tinta sekalipun tetap sebuah perjuangan.
"Apa yang lebih penting adalah niat dan makna yang mendasari perjuangan tersebut. Kekalutan yang ditimbulkan golongan pelampau serta tidak bertanggungjawab di negara ini menuntut kita untuk kembali menyelami makna sebuah Kemerdekaan dan erti sebuah perjuangan," tegas Anwar.
Justeru, sempena Kemerdekaan negara, Anwar menyeru semua rakyat bersama-sama beriltizam untuk:
- Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
- Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.
- Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
- Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.
- Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.
Untuk itu, Anwar berharap usaha semua pihak untuk memaknai erti sebuah Kemerdekaan diredhai dan diberkati.
SPRM SIASAT PENYELEWENGAN USIA
RATA-RATA ahli Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) mengimpikan badan agama yang ditubuhkan sejak tahun 1969 akan menjadi pelindung untuk memayungi umat Islam di Sabah. Begitulah tingginya harapan dan sandaran masyarakat Islam dan USIA telah bertungkus lumus bergerak ke arah itu. Namun setelah ia kini hampir 41 tahun usia penubuhannya, USIA dikatakan kini melangkah menuju penghujung usianya.
Malah ada yang mengibaratkan permasalahan yang menimpa badan itu bagaikan penyakit yang menyerang manusia, kalau ia terus dibiarkan begitu sahaja ia bakal menjadi barah yang boleh memusnahkan badan agama, yang sebelum ini banyak memberi sumbangan dalam pengembangan syiar Islam di negeri bawah bayu ini.
Ramai kalangan pemerhati berpendapat bahawa kemelut yang ada dalam USIA perlu dicegah dan diubati segera dengan menyingkirkan beberapa individu dalam pentadbiran tertingginya yang menjadi virus yang dibimbangi akan menamatkan riyawat hidup USIA.
Jangan sampai badan ini terkubur tanpa jasad sebab itu usaha perlu digemblengkan bagi menyelamatkannya daripada terus dimamah virus individu yang berkepentingan di dalamnya.
Paling menyedihkan baru-baru ini, badan agama yang boleh dikatakan menjadi kebanggaan umat Islam kerana perjuangannya menggerak aktiviti dakwah telah menjadi sasaran penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang seharusnya tidak berlaku pada sebuah badan NGO Islam.
Walaupun ianya masih di peringkat siasatan dan belum ada sebarang keputusan mengenainya sama ada berlakunya kes-kes penyelewengan kewangan pertubuhan terutamanya yang mengaitkan individu tertentu yang berkepentingan; tetapi sebenarnya situasi ini sedikit-sebanyak telah mencalar imej dan nama baik USIA.
Semua ini berpunca daripada tindak-tanduk segelintir individu yang menjadi pentadbir dalam pertubuhan tersebut yang boleh diibaratkan ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’.
Tindakan SPRM untuk menyerbu pejabat badan itu di Sembulan difahamkan disebabkan wujudnya unsur penyelewengan kewangan pertubuhan tersebut yang disyaki disalahgunakan oleh pihak pentadbiran di mana USIA yang memperolehi sumber kewangan yang banyak hasil dari pembangunan tanah miliknya di 1Borneo bernilai jutaan ringgit.
Namun hanya tinggal ratusan ribu ringgit sahaja dalam akuan semasa USIA. Yang menjadi tanda tanya besar, ke mana sejumlah wang daripada puluhan juta itu telah dibelanjakan dalam tempoh yang singkat.
Ekoran itu timbul pelbagai keraguan yang menyebabkan SPRM tampil melihat apa yang sebenarnya berlaku dan seterusnya cuba merungkai kemelut melanda badan agama itu.
Sebelum ini USIA juga dikatakan telah memberikan hadiah atau mungkin boleh dianggap saguhati kepada beberapa ahli majlis tertingginya yang terpilih sebanyak RM10,000 seorang. Sesetengah yang lain difahamkan hanya menerima RM5,000, tetapi ada juga yang didakwa tidak menerima langsung.
Ada juga yang lain yang merasakan tidak wajar menerima habuan seperti itu mengambil keputusan mengembalikannya kepada USIA kerana sedar wang tersebut adalah hak milik (badan agama tersebut.
Bagaimanapun berdasarkan maklumat mereka yang mengembalikan habuan tersebut kepada USIA, kemasukan wang yang dikembalikan itu pula gagal dikesan dalam akuan USIA dan ini memberi petanda, wang tersebut mungkin telah tersangkut di pertengahan jalan.
Perkara inilah yang menimbulkan seribu tanda tanya yang mungkin hanya mampu dijawab oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Haji Abdullah Hussin yang kini terpaksa turun naik ke pejabat SPRM, gara-gara lesapnya wang dalam akaun pertubuhan berkenaan.
Beberapa ahli majlis tertinggi USIA yang enggan bersengkokol dengan kontroversi yang berlaku, memberitahu, biarlah kes ini disiasat oleh SPRM yang mana ketika ini masih dalam proses penyiasatan dan difahamkan kes itu juga dikatakan sudah dikemukakan ke ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk tindakan selajutnya.
Ekoran isu gawat tersebut, ada kalangan Ahli Majlis Tertinggi USIA mendesak agar Abdullah Hussin berundur dan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana beliau sebagai peneraju utama dalam jentera pentadbiran USIA) dilihat telah gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sehingga membawa pertubuhan tersebut ke kancah penyelewengan yang sepatutnya tidak berlaku di dalam sesebuah badan agama.
Pada peringkat awal ini, mereka mencadangkan supaya Abdullah Hussin yang mencetuskan kontroversi itu seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya dan beliau wajar mengambil cuti rehat bagi melicinkan proses penyiasatan kes penyelewengan di dalam pertubuhan tersebut.
Bagaimanapun sehingga ini Yang Dipertuanya, Tun Haji Sakaran Dandai belum bersedia memberikan sebarang isyarat berhubung cadangan tersebut. Ini bermakna Abdullah masih lagi boleh meneruskan permainan dan percaturan di dalam pentadbiran USIA.
Sekiranya Abdullah direstui untuk mengambil cuti rehat, mungkin tiada masalah besar bagi USIA untuk mencari penggantinya buat sementara waktu memandangkan Datuk Haji Arshad Edris selaku Penolong Setiausaha Agung yang sememangnya berpengalaman boleh mengambil alih tugas tersebut.
Kebanyakan AMT juga mendakwa semenjak Abdullah Hussin dilantik menjadi Setiausaha Agung, pertubuhan tersebut menghadapi banyak kepincangan terutamanya dalam soal pentadbiran dan juga pengurusan kewangan yang tidak teratur dan tidak mengikut peraturan.
Menurut mereka, perbelanjaan yang tidak berhemah termasuklah perlaksanaan program yang tidak berjadual menjadikan ada program dakwah pertubuhan tersebut terpaksa berbelanja besar namun impaknya terhadap usaha memperkukuhkan gerakan dakwah dan Islamiah tidak membawa kesan positif terhadap masyarakat Islam.
Ia lebih menjurus kepada pembaziran dan menguntungkan kepada setengah pihak sahaja. Kekerapan pegawai-pegawai keluar daerah melaksanakan program,malah ada yang sepatutnya tidak perlu keluar daerah turut membuat tuntutan elaun perjalanan juga dianggap sebagai satu pembaziran kewangan USIA.
Projek Tanaman Gaharu yang dicetuskan oleh Abdullah Hussin bukannya keputusan Ahli Majlis Tertinggi juga dianggap sebagai projek pembaziran kerana dari segi pulangan ekonomi kepada ahli dan masyarakat Islam sebenarnya ianya tidak dapat memperkasakan ekonomi masyarakat Islam secara keseluruhannya.
Pemilihan syarikat pembekal benih gaharu tanpa sebarang sebutharga dengan penjualan sepohon benih gaharu mencecah RM9.00 sedangkan harga di pasaran boleh dibeli sekitar RM3.00 sepohon juga menimbulkan keraguan ditambah pula bekalannya ke bahagian tidak memenuhi keperluan yang diharapkan malah ada beberapa ahli sehingga kini belum mendapat sebarang bekalan dari pembekal menimbulkan tanda tanya dan selepas pengagehan ini tidak ada susulan projek yang dianggap hanya melepas batuk ditangga dan kesannya adalah pembaziran kepada kewangan (USIA)
AMT turut mendakwa sikap berlembut Tun Sakaran sebagai YDP USIA diambil kesempatan sepenuhnya oleh individu berkepentingan ini untuk melaksanakan agenda mereka khususnya yang boleh memberikan keuntungan untuk diri sendiri di mana Tun Sakaran diberikan penjelasan yang kurang tepat mengenai perjalanan program dan pentadbiran ibu pejabat USIA.
Natijahnya ketika ini pentadbiran ibu pejabat USIA berada dalam keadaan yang kucar-kacir dan dalam masa yang sama wujud pula kem-kem tertentu dalam pentadbiran di peringkat ibu pejabat yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Masalah ini semakin menjadi rumit apabila orang kedua yang cukup penting dalam jentera pentadbiran ibu pejabat iaitu Setiausaha Kerjanya, Misnan Warman yang tidak berwibawa dan komited dalam bidang tugasnya. Beliau sepatutnya sudah layak bersara, namun masih terus bekerja menjadikan jentera petabdiran USIA lemah dan tidak bermaya.
Bukti paling menyedihkan ialah apabila USIA telah menerima surat merah dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) berupa notis pengantungan ratusan cawangan-cawangan USIA di bebarapa bahagian di negeri ini
Masalah ini tidak dianggap serius oleh Abdullah dan Misnan selain kedua-dua individu ini cuba untuk menegakkan benang basah dan menampilkan keegoan dalam jentera pentadbiran dengan menekan beberapa pekerja di ibu pejabat, termasuklah memindahkan pegawai-pegawainya seperti bola dari satu unit ke unit lain. Dua pegawai ini amat bijak melakonkan watak mereka di hadapan YDP USIA.
Apapun kesimpulannya USIA kini boleh diibaratkan sedang menuju ambang penghujung usianya jika tidak ada tindakan drastik daripada pucuk kepimpinan tertinggi bagi menangani masalah yang sedang melanda badan agama itu ketika ini.
Ahli majlis tertinggi mungkin perlu bertanggungjawab melihat kepincangan ini dengan membuang rasa segan mereka kepada Tun Sakaran untuk menyuarakan pandangan dan nasihat mereka kepada pemimpin nombor satu USIA itu agar kelemahan dan masalah yang melanda ketika ini perlu ditangani dengan segera.
Salah satu jalan terbaik ialah dengan menyingkirkan mereka yang membawa imej busuk kepada USIA di mata masyarakat Islam di negeri ini. Lebih-lebih lagi dengan bilangan keahlian dianggarkan seramai 40,717 orang, USIA sepatutnya menjadi badan agama contoh di Sabah dan ia selayaknya dipertahankan di tahap kedudukan tersebut.
Tindakan orang terpenting dalam USIA, Datuk Seri Lajim Ukin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua (USIA) sebelum ini dikatakan ada kaitan dengan kekecewaan beliau dengan sikap pentadbiran USIA yang baginya tidak memperlihatkan ciri-ciri sikap amanah dan didikasi dalam melaksanakan tugas mereka.
Malah, ketika dalam satu mesyuarat dengan pegawai pegawai ibu pejabat USIA tidak lama dulu, Lajim menekankan betapa pentingnya soal pengurusan pentadbiran dan kewangan USIA diurus dan ditabirkan sebaik mungkin.
Bagaimanapun saranan Janang Gayuh itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa individu yang berkepentingan di ibu pejabat USIA, kerana itu, Lajim mengambil pendirian untuk mengundurkan diri dari pertubuhan berikan kerana beliau sebenarnya sudah terhidu unsur-unsur untuk mensabotaj beliau di dalam USIA itu sendiri.
Selepas mengucapkan sayonara kepada USIA, Lajim kini menjadi Pengerusi Perkim Sabah, pertubuhan yang kini diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Apakah Perkim Sabah akan menjadi pesaing USIA selepas ini, lebih-lebih lagi dengan keadaannya sekarang yang terlalu berserabut untuk menyelesaikan masalah dalaman?
WARGA INDONESIA TIDAK SETUJU DEMONSTRASI
KETEGANGAN yang meletus di kalangan segelintir golongan berhaluan kiri rakyat Indonesia yang berlaku sejak kebelakangan ini dan semakin hangat mengadakan beberapa demonstrasi di beberapa tempat di bandaraya utama di negara itu, bagi membantah ketegasan negara ini yang menguatkuasakan undang-undang maritime, bagaimana pun tidak mendapat sokongan warganegara itu yang bekerja di pedalaman Sabah.
Demonstrasi yang didalangi ‘Benteng Demokrasi Rakyat’ (BENDERA) mendakwa bahawa tindakan Negara ini yang menahan tiga nelayan negara itu yang menceroboh perairan negara kononnya keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.
Bagaimanapun, tinjauan secara rambang Sabahkini.net pada Isnin di beberapa lokasi di Tenom, yang menjadi medan warga Indonesia berkumpul ketika waktu kelepasan umum, memberikan reaksi yang berbeza berbanding warga mereka di tanah air sendiri.
Seorang pekerja ladang di Kg Pamalan, Mohd Hatta, 39, menyifatkan tindakan rakyat negara mereka yang membakar bendera adalah melampaui batasan undang-undang, malah ia jelas suatu penghinaan kepada sesebuah negara yang berdaulat seperti Malaysia.
Hatta yang telah nenetap di Sabah sejak lebih 20 tahun lalu mengakui bahawa beliau merasa selesa dengan corak penghidupan di Sabah terutama bagi seseorang yang mematuhi peraturan dan undang-undang negara ini.
Ditanya apakah beliau pernah dianiaya oleh pihak berkuasa kerana statusnya seorang warga asing bekerja di sini, Hatta berkata, “Itu tidak pernah. Tetapi jikalau kita salah dari sisi undang-undang Negara, sudah tentu kita diserkap pihak berkuasa. Itu kok, undang-undang namanya,” jelas Hatta yang berasal daripada Jawa Tengah, Jakarta.
Seorang lagi Amir Rahim, 39, yang bekerja di sebuah kilang papan syarikat pembalakan, Sawalong, di jalan Nabawan turut tidak bersetuju dengan tindakan puak BENDERA kerana beliau percaya tidak mendapat sokongan keseluruhan rakyat negara itu yang dianggapnya sebagai puak ekstremist.
“Saya percaya pemerintah Indonesia tidak sebulu dengan apa yang dicetuskan oleh BENDERA. Saya sokong pemerintah negara Indonesia agar ambil tindakan tegas membendung usaha BENDERA itu dari terus menular dan jangan menjadi kacau,” tegasnya.
Manakala Pin Pagama, 42, seorang pekerja projek lebuhraya stesen Marak Parak Ranau turut menyatakan penentangan beliau kepada kegiatan demonstrasi itu sehingga terjadi insiden membakar bendera dan melempar najis ke pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta.
“Kita harus menghormati undang-undang sesebuah negara terbabit dan sebaliknya mereka harus memberikan ruang untuk pemerintah di kedua-dua negara berjiran menyelesaikan masalah itu secara aman damai. Kenapa mesti kelam kabut,” tegasnya.
Ketika ditanya dari mana beliau mendapat informasi berhubung insiden itu, Pin berkata, bahawa setiap malam beliau mengikuti siaran berita wilayah dan dunia untuk mengikuti perkembangan tersebut.
“Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan puak BENDERA yang seolah-olah mencontengkan arang ke muka setiap rakyat Indon yang tidak sebulu dengan mereka (kok) kita di sini hormati undang-undang Malaysia dengan lebih bagus,” tambahnya lagi.
Buat ahli dan pemimpin PAS, cermatlah dalam tindakan – Presiden
Pentingnya sifat cermat dalam membuat tindakan
Bersempena dengan peristiwa turunnya Al Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS disegenap lapisan peringkat untuk memanafaatkan baki Ramadhan yang tinggal ini agar ianya diisi dengan amal soleh dan mampu untuk menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.
Selain dari itu, saya juga ingin memperingatkan kepada seluruh ahli, petugas dan para pimpinan yang berhadapan dengan masyarakat awam Islam dan bukan Islam agar sentiasa bertindak dengan cermat berdasarkan ilmu yang jelas dan penuh hikmah dalam segala bentuk pertuturan, perancangan, tindakan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi menjalankan amanah kemenangan yang diberi oleh Allah SWT di segenap ceruk dalam negara kita ini.
Janganlah kita bertindak dengan cara yang disangkakan beroleh kebaikan, akan tetapi natijahnya menyebabkan kita sibuk diasak oleh musuh menerusi media yang tidak memihak kepada kita, dan terpaksa pula kita menghabiskan masa untuk menjawab dan mempertahankan sesuatu isu yang ditimbulkan itu.
Sesuatu tindakan yang pada asalnya dibolehkan sekalipun, akan tetapi jika menyebabkan polemik dalam masyarakat, malah merugikan pula dari sudut pandangan siyasah umum, maka lebih baik ianya dielakkan. Apatah lagi dalam tindakan yang boleh mendatangkan fitnah kepada organisasi parti PAS itu sendiri.
Semuanya perlu dipertimbangkan bagi menjaga maslahat umum seperti disebutkan di dalam kaedah fiqh :
Almaslahatul 'ammah muqaddamah 'ala maslahah khasah (Maslahat umum diutamakan dari maslahat khas) dan
Dar'ul mafasid muqaddam 'ala jalbil masalih (menolak keburukan diutamakan daripada mengambil maslahah).
Selagi mana ia bukanlah satu perkara yang bersifat prinsip, atau sesuatu hukum yang qat'i, maka kaedah tersebut perlulah diguna pakai dalam tindakan-tindakan kita sebagai pejuang Islam, termasuklah dalam proses kita memperkasakan parti di peringkat Cawangan dan Kawasan.
Semoga segala tindakan kita sentiasa dipimpin oleh syariat dan mendapat petunjuk dari Allah SWT.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
WarkahDaily – Yang rasa dah pandai sangat tu, fikir-fikirkanlah. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Bukan tuju kat sape-sape, tapi peringatan Presiden itu adalah secara umum. Namun siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya.
‘Cuma yang ikhlas sahaja akan merasa pedas bila termakan cili’. Tapi yang rasa ‘besar kepala’, memang depa buat dek je. Pejuang Islam hanyalah mereka yang tawaduk dalam setiap perlakuan dan bukannya orang yang suka mendabik dada, berlagak pandai.
Ingat pesan Presiden sebagai penerus liku perjuangan yang dipenuhi duri-duri yang sangat tajam dari musuh yang sudah semestinya tidak senang dengan pencapaian PAS sekarang ini.