Pakatan Rakyat negeri Perak mempersoalkan jumlah bajet tambahan sebanyak RM80 juta yang akan dibentangkan oleh Menteri Besar Perak pada 3 Ogos ini di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak ekoran negeri itu mengalami defisit belanjawan yang tinggi sejak ia ditadbir oleh Umno Bn semula. Timbalan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Meng berkata jumlah bajet tambahan RM80 juta itu menggusarkan rakyat Perak memandangkan ia adalah peruntukan wang rakyat yang besar jumlahnya digunakan oleh kerajaan Umno Bn Perak sekiranya ia diluluskan. “Minggu depan, 3 Ogos, Zambri hendak buat Sidang Dewan Undangan Negeri dengan satu tujuan lagi untuk mengemukakan satu lagi enakmen bekalan tambahan. “Buat apa bekalan tambahan? Buat apa minta duit daripada rakyat? Buat apa sampai RM80 juta ringgit? Buat apa sampai banyak begitu sekali? Untuk bekalan tambahan,” katanya. Beliau berkata tindakan Menteri Besar Perak yang menggunakan wang rakyat sesuka hati adalah diselar ekoran sepanjang pemerintahan Umno BN mengambil alih kuasa di Perak secara rampasan kuasa menyebabkan negeri itu tidak diurus tadbir dengan baik. “Dia tida boleh jawap. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, kita tidak tahu RM80 juta, selepas Perak dimusnahkan oleh Najib Mongolia, Perak Darul Ridzuan mengalami defisit belanjawan paling teruk sejak kemerdekaan. “Jadi sebelum Perak Darul Ridzuan menjadi Perak Darul Bankrap, kita akan selamatkan negeri ini bersama pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita bersama dengan semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita mara ke Putrajaya,” katanya. Beliau berkata demikian di hadapan lebih kurang 1000 orang yang hadir ke ceramah perdana yang dianjurkan oleh Pas Bukit Chandan, Kuala Kangsar di Markaz Pas di sini malam tadi. Dalam pada itu beliau berkata pada 3 Ogos ini, pimpinan Pakatan Rakyat akan meminta Zambri Kadir yang merupakan Menteri Besar Perak sekarang memperincikan setiap jumlah sen yang sudah digunakan sepanjang pemerintahannya sejak rampasan kuasa pada 4 Februari 2008. “Kita akan meminta beliau senaraikan jumlah perbelanjaan tersebut termasuk enakmen tambahan, banyak sudah dia belanjakan dan rakyat alami kerugian yang teruk. Dia mahu tambah 80 juta pula lagi untuk apa sebenarnya? “Jadi kita akan pastikan dia bentangkan dengan telus setiap apa yang sudah dibelanjakannya. Kita juga akan buat persiapan rapi supaya kerajaan maklumkan kepada rakyat mengapa perlukan jumlah wang yang begitu besar,” katanya. Nga Kor Meng yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis juga berkata jika RM80 juta diluluskan bermakna BN telah mencatat sejarah tersediri apabila membawa negeri itu ke defisit paling tinggi dengan nilai RM104 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.