Selasa, 1 Jun 2010

Spekulasi harga gula naik esok tak betul

BERNAMA



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menolak khabar angin mengatakan harga gula akan naik mulai esok.

Kita tengok esok. Pengguna buat spekulasi 1 Jun harga gula akan naik. Belilah banyak-banyak tapi kita tengok esok naik atau tidak.

"Kalau saya kata tak naik esok tak naiklah tapi pengguna percaya pada tauke kedai seolah-olah tauke kedai yang umum kenaikan harga gula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengguna 2010 di Putrajaya.

Beliau berkata khabar angin itu mengakibatkan berlaku pembelian jangka pendek atau pembelian panik sejak kebelakangan ini di beberapa negeri dan seolah-olah krisis kekurangan bekalan gula berulang.

Ismail Sabri berkata pada masa ini krisis bekalan gula tidak berlaku dan pengeluaran gula telah ditambah antara lima hingga 15 peratus bagi menghadapi permintaan yang tinggi ketika cuti sekolah dan perayaan Hari Gawai.

"Jika pembelian panik berlaku, kita tambah 10 hingga 20 peratus pun akan habis juga bekalan. Malah, pembelian panik akan menjejaskan kitaran penghantaran gula yang ditetapkan," katanya.

Beliau turut mendedahkan terdapat beberapa pasar raya gagal mendapatkan bekalan gula berikutan kegagalan mereka membuat pembayaran kepada pemborong dan ada juga peniaga yang mengambil keputusan tidak mahu menjual gula kerana untung sedikit sekitar lima sen sekilo.

Menyentuh tentang Konvesnyen Kepenggunaan 2010, Ismail Sabri berkata ia akan menghasilkan Pelan Induk untuk pengguna bagi tempoh 2010-2020 yang lebih fokus berasaskan kehendak dan keperluan rakyat pada masa hadapan.

Beli
au berkata deraf pertama pelan induk itu dijangka siap akhir tahun ini. Pelan induk itu dijangka memberi ruang yang luas kepada pengguna agar lebih berdikari dalam menentukan harga sesuatu barang tanpa penglibatan kerajaan.

Ismail Sabri berkata mengikut satu tinjauan, kira-kira 58 peratus dari 5,000 responden ketika ini telah mempunyai kesedaran tentang hak dan tanggungjawab kepenggunaan mereka.

"Untuk menjadi rakyat sebuah negara maju, kita harus mempunyai kesedaran ini. Kita tidak harus berasa malu menuntut wang kita semula walaupun sedikit nilainya. Kita harus mempunyai prinsip duit saya adalah duit saya dan tidak ada siapa yang boleh menafikan hak kepenggunaan saya."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.