KUALA LUMPUR - Tindakkan kerajaan dan Felda hendak menyaman akhbar suara keadilan dan beberapa induvidu atas isu yang dilaporkan adalah sesuatu yang mengejutkan.
Rakyat kursusnya Peneroka Felda sedang menanti penjelasan dan jawapan yang meyakinkan terhadap dakwaan atas isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan perbelanjaan wang felda sehingga rizab tunai merosot begitu teruk sekali.
"Rakyat ingin mengetahui apakah semenjak 2004 hingga 2009 felda tak menerima apa-apa bayaran kedalam akaun felda. Rakyat hendak jawapan dari kerajaan dan Felda tentang RM2 bilion yang dikatakan salah satu punca susut tunai felda,"soal Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar.
Menurutnya, jawapan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri yang menjaga felda tidak logik.
"Datuk Ahmad Maslan memberitahu bahawa ianya digunakan untuk bantuan tanam semula, sedangkan semua peneroka tahu (kos tanam semula) itu adalah (dibiayai) wang hasil tabungan peneroka untuk tujuan tanam semula,"jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Oleh itu, kata Dato' Mahfuz, rakyat dan peneroka juga menanti penjelasan dari kerajaan, kenapa lembaga pengarah (Felda) tidak dirujuk untuk kelulusan membeli menara felda dari syarikat Naza.
"(apabila ditanya) Sebaliknya kerajaan hanya mampu menjawab ini fitnah, Felda adalah syarikat kerajaan takkan tergamak nak menipu melayu. Itu lah sahaja yang diungkap oleh pemimpin kerajaan Umno / Barisan Nasional (BN),"selar Mahfuz.
Katanya, sejak menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razk tidak mengambil langkah membersih dirinya dari segala dakwaan yang dilemparkan padanya seperti scorpene, Altantuya, judi bola dan kini felda dan banyak lagi skandal yang melibatkan beliau dan memburukkan nama baik Malaysia.
Justeru, kegagalan kerajaan memberi penjelasan memerlukan satu siasatan menyeluruh yang dikendalikan oleh suatu jawatankuasa siasatan bebas dibawah Parlimen Malaysia perlu dibentuk dengan segera demi untuk menyelamat institusi felda yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.