Selasa, 1 Jun 2010

PAS gesa kjaan lebih proaktif

MALAYSIA KINI



PAS menggesa kerajaan Malaysia lebih proaktif dengan membawa isu serangan tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

"Masyarakat dunia sememangnya memerlukan satu strategi dan tindakan baru yang lebih serius, tegas, dan keras untuk memberikan tekanan kepada regim Zionis yang sudah terbukti tidak menghormati meja perundingan," kata presidennya Datuk Seri Abdul Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata serangan yang mengorbankan beberapa nyawa itu menunjukkan "wajah sebenar regim Zionis Israel yang sedikit pun tidak menghiraukan kutukan antarabangsa".

"Selain itu, timbunan puluhan resolusi yang dibawa ke meja antarabangsa juga gagal menghalang regim Zionis Israel dari terus bertindak kejam dengan berleluasa," katanya dalam satu kenyataan pagi ini,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.