Isnin, 28 Jun 2010

PKR TENOM TERUS MENCARI AHLI BARU

Oleh : KREW SABAHKINI.NET


ROMBONGAN PKR Cabang Tenom yang diketuai oleh Ketua Cabang Tenom, Gonsibin Yosundang telah disambut baik oleh penduduk kampung di pedalaman Ulu Tomani. Rombongan telah diraikan di salah sebuah rumah penduduk kampung di Ulu Tomani Kemabong, Tenom.


Penduduk kampung telah menyatakan rasa gembira mereka kerana kepimpinan PKR Cabang Tenom telah sudi menjenguk mereka yang hidup dalam serba kekurangan dari segi aspek kemudahan infrastruktur, pembangunan, ekonomi dan berbagai lagi aspek.

Segala kemudaratan ini telah mereka adukan kepada Wakil Rakyat namun sehingga berita ini ditulis, tiada tindakan diambil bagi mengatasi segala kerumitan permasalahan mereka ini.

Samuil Bin Sabi telah menyuarakan rasa kecewanya terhadap kepimpinan BN yang selama ini tidak pernah mempedulikan kesusahan dan permasalahan penduduk kampung berkenaan. Mungkin bagi wakil rakyat BN, penduduk kampung berkenaan tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada diri mereka maka kebajikan penduduk kampung itu terus diabaikan tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.

Apabila ditanya oleh krew Info & Komunikasi Negeri, apakah selama ini pernahkah wakil-wakil rakyat BN datang menjenguk mereka, jawab mereka, ada wakil rakyat melalui kawasan tanpa ada inisiatif untuk berhenti di kampung berkenaan untuk bertanya khabar mereka. Mereka terus dibiarkan.

Cabang PKR Tenom juga telah mengenalpasti beberapa permasalahan utama di kampung berkenaan. Menurut Ketua Cabang PKR Tenom, Gonsibin Yosudang, seandainya PKR berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Pusat, Pakatan Rakyat berjanji untuk menangani segala permasalahan penduduk kampung sebaik mungkin serta mengatasi masalah infrastruktur dan ekonomi penduduk kampung yang selama ini membelenggu kehidupan mereka. Kata-kata Gonsibin di sambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh dari penduduk kampung berkenaan.

Dalam ucapan singkat Ketua Info, Halik Zaman mengatakan bahawa kos hidup rakyat terus naik meningkat, sedang rakyat masih lagi ada miskin papa kedana. Kalau tidak sekarang rakyat merubah nasib, bila lagi?

“Kita mempunyai kuasa untuk menukar Kerajaan, kalau tidak dalam PRU13 nanti, bila lagi? Gunakan hak kita untuk memilih Kerajaan yang prihatin kepada kesusahan rakyat. Pakatan Rakyat berjanji untuk membantu rakyat yang terbaik dari yang baik,” kata Halik lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.