Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU: Nasib 12 rakyat negara ini yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim haram zionis Israel awal pagi semalam masih belum diketahui. Laman web LL4G melaporkan, berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa itu.
Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan. Sementara itu, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman yang selamat bersama 12 anggota keselamatan ke Gaza berada di Turki. Mereka dijangka sampai ke tanah air kira-kira pukul empat petang esok setelah terpaksa transit di Dubai beberapa jam. Setiausaha Yayasan Amal Malaysia, Hamid Othman yang baru menghubungi Harakahdaily kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, memberitahu Dr Rani yang dikatakan terpaksa berlabuh di Haifa, sebenarnya tidak berlaku. Menurut Hamid, Hifa adalah kawasan Israel dan konvoi mereka tidak pernah sampai di sana. Beliau bagaimanapun berkata, Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamulidin Elias memang belum diketahui nasibnya. “Turut bersama saya sekarang dan selamat ialah Presiden kita, Husin Ismail, Dr Rani dan beberapa orang anggota lagi ada bersama saya. “Saya ingin membetulkan kenyataan dalam Harakahdaily yang mendakwa kami selamat di Haifa, sebenarnya tidak Haifa dalam kawasan Israel,”aujarnya. Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat Malaysia mendoakan seluruh rakyat Palestin di Gaza yang kini sedang meningkat kematiannya akibat diserang tentera Israel. Tambahnya, doakan juga semua konvoi misi keselamatan di sana selamat. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.