Sabtu, 26 Jun 2010

Enjin pesawat F-5E yang hilang sudah dibawa pulang

MALAYSIA KINI



Enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang dua tahun lalu sehingga mencetus kontroversi di negara ini sudah dibawa pulang ke tanah air.

Berita Harian Online melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata usaha membawa pulang enjin pesawat tempur berkenaan dari Uruguay ke negara ini dilakukan kerajaan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memastikan aset negara kekal berada di Malaysia.

"Saya tidak dapat memberikan tarikh sebenar enjin pesawat berkenaan dibawa pulang ke negara ini, tetapi ia adalah atas usaha daripada Peguam Negara yang pergi secara fizikal ke negara berkenaan (bagi menguruskan proses membawa pulang enjin pesawat berkenaan kembali ke Malaysia)," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa di Kota Bharu, hari ini.

Pada Februari lalu, akhbar melaporkan Abdul Gani akan ke Uruguay dalam masa terdekat untuk menguruskan proses membawa pulang dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik TUDM, yang dilaporkan hilang dua tahun lalu di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Sungai Besi dan Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth.

Pemergian Abdul Gani ke negara Amerika Selatan itu adalah bagi menguruskan beberapa dokumen perundangan sebelum dua enjin pesawat berkenaan dibawa pulang ke negara ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.