Jumaat, 28 Mei 2010

Tema "Wanita Sejahtera, Selamat Negara" Memperkukuhkan Wanita KEADILAN

Oleh Faizal Ezzany


KOTA BHARU - Kongres Tahunan Ke-6 KEADILAN yang diadakan kali ini disifatkan satu pentas kepada sayap Wanita KEADILAN dalam usaha memperkuatkan agenda perjuangannya.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin yang ditemui menganggap kongres yang diadakan pada kali ini memberi peluang terbaik untuk membincangkan dengan lebih mendalam isu kemelut keluar parti yang melibatkan beberapa ahli parlimen dan pemimpin pertengahan parti beberapa bulan kebelakangan ini.

"Kongres yang diadakan kali ini amat bertepatan di kala parti sedang di landa kemelut yang mana terdapat pemimpin dan ahli telah keluar parti dengan alasan perjuangan parti tidak jelas. Kita tidak melihat perkara tersebut sesuatu yang gusar dan menyebabkan kita berasa sedih.

"Kita mengganggap semua itu sebagai proses pembersihan dalam politik parti, untuk memperkukuhkan parti dalam meneruskan perjuangan kita perlu keluarkan mereka yang tidak dapat memberi faedah kepada perjuangan parti. Tindakan mereka telah membuatkan kita terus berjuang menyahut cabaran alasan palsu mereka," jelasnya.

Beliau juga menjelaskan tema Wanita pada kaliini amat bertepatan dengan corak perjuangan KEADILAN selain peranan Sayap Wanita yang begitu penting arena politik KEADILAN.

"Dalam keadaan politik KEADILAN yang tengah bergolak sekarang dan tema "Wanita Sejahtera, Selamat Negara" dilihat satu yang bertepatan kerana wanita merupakan sayap yang sangat agresif.

"Peranan wanita ini sebagai penenang dikala parti berada dalam kegusaran mahupun dikala ketegangan. Peranan wanita ini telah mendapat pengikhtirafan oleh pemimpin tertinggi parti kerana kebolehan yang ada pada wanita telah memperkukuhkan parti," tegas Zuraida kepada perwakilan.

Beliau mahu kepimpinan Wanita KEADILAN memperbaiki kelemahan yang ada disamping berani membuat teguran.

"Kita mahu setiap wanita yang menyertai perbahasan ini menggunakan peluang tersebut untuk memberi penerangan sejelas-jelasnya tentang dasar yang telah diucapkan oleh Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali.

"Kongres kali ini kita perlu berani berdepan dengan masalah dan tidak boleh tersinggung dengan setiap teguran. Kita perlu ambil teguran itu sebagai satu arahan untuk kita mengukuhkan parti," kata beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.