Oleh ramziredang
"Semasa awal Najib mengambil alih jawatan PM Malaysia, saya telah menulis mengatakan Mahathir tidak akan berdiam diri jika tidak sampai ke satu masa yang anaknya Mukhriz berada di kerusi no 1 negara. Berbagai langkah akan dilakukan untuk meringkaskan masa pemegang tampuk no 1 negara. Kini dengan penonjolan PERKASA dengan imej 'ultra melayu', sentiasa bermain di bibir Mahathir dan cuba ditonjolkan, berlainan sama sekali dengan 1Malaysia
Mahathir mendakwa "kemenangan BN di hulu selangor adalah semata mata kerana peranan PERKASA yang berjaya menawan kembali hati pengundi melayu, yang sebelum ini dengan jelas telah menolak BN"
Kutukan pemimpin Perkasa terhadap MCA menambahkan lagi rekod buruk 1malaysia Najib. Malah ada juga pemimpin UMNO yang cuba mendesak MCA keluar dari BN. Satu seruan yang bodoh dan menjerut leher BN sendiri.
Agenda dari dalam MCA pula cuba digambarkan bahawa Soi Lek tidak berjaya mendapat tempat di hati pengundi Cina.
Semua ini memeningkan kepala Najib dan merosakkan slogan 1Malaysia. Apapun alasan yang diberikan oleh Ibrahim Ali dan Mahathir tentang kelantangan membela melayu dan mengutuk Cina, ianya telah menyebabkan kaum Cina dan India hilang kepercayaan kepada UMNO. UMNO dilihat sebagai kawan yangn suka menikam kawan. Masa perlu dipuji dan ditatang, masa tak suka dikeji hnedak ditendang.
Namun apapun isu yang berlaku, ianya masih boleh membuat Najib bersabar dan cuba mencari jalan. Tetapi ada sesuatu yang bakal mendebarkan Najib dan Rosmah. Yang bakal membuat mereka tidak lena tidur.
Iaitu dengan kedatangan seorang peguam dari Perancis yang bernama Joseph Brehem. Joseph adalah salah seorang peguam bagi pihak yang menyaman DCN. DCN adalah sebuah syarikat Perancis yang terlibat dalam penjualan dua kapal selam Scorpene.
Beliau datang ke Malaysia untuk mencari maklumat lanjut dalam urusan pembelian kapal selam scorpene. Beliau mencari maklumat tentang perjanjian pembelian yang termeterai ketika Najib menjadi menteri pertahanan, dipercayai menawarkan komisyen sebanyak RM3.7bilion kepada sekutu Najib, Razak Baginda.
Beliau juga akan membuat permohonan supaya mendedahkan bagaimana akaun syarikat isteri Razak Baginda bagaimana syarikat tersebut boleh mendapatkan euro114juta dengan mudah.
Beliau juga akan menggunakan 'waran geledah antarabangsa' supaya dia boleh mengakses maklumat yang diperlukan dengan tiada apa apa halangan. Di bawah Konvesyen Korupsi PBB, malaysia juga perlu memberi kerjasama yang sepatutnya jika siasatan berkaitan korupsi ingin dilakukan di Malaysia.
Selain Joseph Brehem, turut terlibat adalah peguam Renaud Semerdjian dan William Bourdon selaku peguam utama. Mereka merupakan wakil bagi pihak Suaram Malaysia. Permohonan untuk menyiasat telah difailkan di mahkamah Perancis pada bulan Disember tahun lalu. Siasatan akan dilakukan dari aspek rasuah dan wang umpanan terhadap DCN (dulunya dikenali DCNS).
Syarikat DCNS telah membekalkan berbagai alatan dan kenderaan perang ke beberapa buah negara termasuk angkatan laut Amerika, Australia, Chile, Norway, Pakistan, Arab Saudi, Singapura dan Malaysia.
Jadi jika siasatan dilakukan dan dakwaan berlakunya rasuah dan komisyen kepada syarikat DCN benar benar berlaku, sudah pasti ianya akan menjadi satu isu yang menggemparkan dunia. Bila ianya mula terbuka di mata dunia, sudah pasti jika ada sesuatu yang cuba ditutup akan terdedah dengan sendirinya.
Pada saat itu akan nyatalah, BANGKAI GAJAH TIDAK MUNGKIN DAPAT DITUTUP DENGAN NYIRU. Tentu kita sendiri sudah tau, siapa yang sedang berpeluh sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.