DETIK DAILY
Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang semalam meluluskan usul berkaitan sistem pilihan raya termasuk meminta pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan, hari ini mendakwa agensi itu mensabotaj urusan pendaftaran pengundi baru. Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya mengatakan wujud unsur sabotaj kerana berlaku kelewatan kelulusan penolong pendaftar pemilih dan kesukaran mendapatkan borang pendaftaran pemilih. “Ya, kalau tindakan ini hendak dilihat sebagai sabotaj, saya boleh mengatakan ada unsur sabotaj usaha kami untuk membantu menambah pengundi-pengundi baru,” kata beliau. Shamsul Iskandar berkata, permohonan PKR untuk mendaftar penolong pendaftar pemilih telah dibekukan. “Masalah ini berlaku hampir di semua negeri termasuk di Melaka yang perhubungan negeri PKR saya pengerusikan,” katanya. “Alasan diberikan pejabat SPR negeri ialah arahan daripada Putrajaya,” katanya. Kata Shamsul Iskandar, pihaknya juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan borang mendaftar pengundi-pengundi. “Jika SPR menghadapi masalah mengeluarkan, ada masalah kewangan, kami akan membantu SPR mengeluarkan dana dan mencetak borang,” kata beliau sambil ia melibatkan kesemua komponen Pakatan Rakyat. Shamsul Iskandar berkata, mereka berhadapan dengan masalah ini sejak awal tahu ini. “Sebenarnya kami tidak mahu memaklumkan sebelum ini tetapi merasakan sudah sampai masanya untuk didedahkan hari ini... kami beri masa seminggu kepada SPR menyelesaikan masalah ini,” katanya. Beliau bercakap pada sidang media yang diadakan di sini petang ini. Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin (tengah) hari ini mendakwa SPR mensabotaj urusan pendaftaran pengundi baru — Gambar oleh Jack Ooi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan Kongres Nasional Keenam di sini. Beberapa pegawai kanan AMK mendakwa masalah ini wujud selepas komponen Pakatan Rakyat berjaya mendaftar ramai pengundi baru tahun lalu. Berada di depan ialah DAP. AMK mengadakan kongresnya semalam dan meluluskan usulmendesak Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletakkan jawatan dengan segera ekoran dakwaan beberapa salah laku dalam mengendalikan pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu. Sayap pemuda PKR ini berpendapat bahawa beliauharus meletakkan jawatan kerana kelemahan yang wujud dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu melibatkan bidang kuasanya selaku pengerusi SPR sendiri. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata, proses mendaftar penolong pendaftar pemilih dibekukan baru-baru. “Kami dimaklumkan oleh SPR supaya menghantar nama baru penolong pendaftar dan kami ikut tetapi baru-baru ini kami dimaklumkan bahawa proses mendaftar penolong pendaftar dibekukan,” katanya. Pemimpin AMK ini berkata pihaknya juga menghadapi borang yang secukupnya untuk mengendalikan proses pendaftaran pemilih. “Adakalanya kami meminta 1,000 borang tetapi tidak diberikan. Ini satu halangan. “Kita sedang berhadapan dengan kesuntukan masa, tidak tahu bila pilihan raya diadakan. Oleh itu kami berharap perkara ini diatasi dengan segera,” katanya. Sejak awal tahun SPR mengemaskinikan proses pendaftaran penolong pendaftar pemilih dengan membenarkan dua orang untuk satu parti bagi setiap bahagian.M/I |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.