Khamis, 27 Mei 2010

SPR MASIH KABUR ISTILAH RASUAH

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Parti Islam Semalaysia (PAS) merasa pelik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru hendak merujuk dan hendak belajar istilah kesalahan dalam pilihanraya berhubung dengan perbezaan janji piliharaya dan rasuah dalam pilihanraya kepada Jabatan Peguam Negara.

Menurut Datuk Wan Ahmad Timbalan pengerusi SPR, pihaknya banyak menerima pelbagai maklum balas berhubung perkara ini selepas pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu. Ia mempunyai kaitan langsung dengan seksyen 10 kesalahan Akta Kesalahan pilihanraya 1954

"Pas yakin, SPR begitu resah dengan laporan kesalahan yang dilakukan oleh 'bapa SPR' iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Presiden Umno/BN telah membuat janji sewaktu saat-saat akhir sebelum kempen berakhir di kubu kuat DAP bahawa akan menyediakan peruntukan RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park jika calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau diundi.

Beliau menyatakan, 'kalau Robert Lau dipilih pada hari Ahad 16 hb Mei 2010, pada hari Isnin saya akan meminta supaya cek disediakan.'

"Ini merupakan satu kempen yang berupa rasuah dan ugutan. Nampakanya senjata makan tuan berkenaan dengan akta ini.

"Pas mengharapkan bahawa SPRM kena menyiasat Presiden Umno berkenaan laporan kesalahan yang melampau," ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dalam kenyataannya.

Beliau berkata, pihak SPR cubalah bebaskan diri supaya menampakkan mereka boleh berjalan sendiri tanpa bergantung kepada tongkat sakti Umno/BN yang semakin reput.

"Pengawai SPR perlu ingat supaya mereka bekerja untuk rakyat dan menegakkan demokrasi untuk rakyat di negara ini.

"Mereka akan pencen dan akan berhadapan dengan masyarakat apabila mereka tidak ada kuasa," tegas beliau.

Beliau berkata, biarlah ada keberanian bukan menjadi singa tua yang tidak ada gusi ketika berhadapan dengan parti pemerintah.

"sekiranya SPR tidak boleh bebas, maka janganlah SPR diletakkan di bawah suruhanjaya, eloklah ditukar kepada Jawatankuasa Pilihanraya Barisan Nasional sahaja," tegas beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.