Ahad, 30 Mei 2010

DAP haram judi sukan jadi "terajangan maut" buat Umno

Oleh Susan Loone


APAKAH jika Ketua Menteri Pulau Pinang masih Koh Tsu Koon, judi bola sepak yang diluluskan Kerajaan Umno-BN akan diharamkan di negeri ini? Sudah tentu tidak. Sebabnya Tsu Koon adalah sekutu Umno dan Umno tulang belakang BN. Maka, tidak manis Gerakan menyondol Umno yang luluskan judi tersebut.

Tetapi hal ini berbaza sekarang. DAP kuasai Pulau Pinang. DAP sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan KeADILan. Keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri. Ia harus dilihat sebagai keputusan bersama. Ia keinginan dan kesedaran DAP terhadap betapa buruknya judi. Tak kira apa jua judi. Hanya Umno dan sekutunya, yang menyangka judi itu bawa 1001 kebaikan untuk rakyat dan negara.

"Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.

Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.

“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga. Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan menjejaskan keluarga dan anak-anak mereka,” katanya.

Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan. Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama. -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.