PETALING JAYA - Suaram, badan bukan kerajaan yang memperjuangkan isu hak asasi menggesa kerajaan Malaysia memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiasatan berhubung dakwaan pembayaran komisyen dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene.
Ahli Lembaga Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel berkata adalah amat penting Malaysia memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya kerajaan mahu mengembalikan keyakinan rakjyat terhadap sistem keadilan negara.
"Terlalu banyak persoalan bukan sahaja oleh rakyat dan badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak asasi, ketekusan mahupun urus tadbir yang baik dan semua persoalan ini diketepikan dalam kerahsiaan oleh kerajaan.
"Sudah tiba masanya kebenaran dibongkarkan dan untuk tujuan itu bukan sahaja akan menggunakan sistem keadilan Perancis tetapi juga mengharapkan bantuan Suruhanjaya Perncegahan Rasuah Malaysia dan saluran agensi kerajaan yang lain.
"Kami harap kerajaan Malaysia akan bekerjasama membantu dalam penyiasatan yang kini dijalankan. Ini adalah jalan yang sepatutya diambil dalam usaha menggalakkan ketelusan dan urus tadbir yang baik daripada usaha memutarbelit fatwa," kata Cynthia pada sidang media petang tadi.
Turut hadir Joseph Breham, salah seorang daripada tiga peguam Perancis yang membantu Suaram merujuk kes skandal pembelian Scorpene kepada pihak berkuasa Perancis.
Tambah Cynthia, badan itu berpendapat banyak isu yang tidak dijelaskan dengan tepat oleh kerajaan Malaysia berkenaan pembelian kapal selam dan juga pembayaran komisyen sebanyak 114 juta Euro kepada sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Sdn Bhd.
"Banyak daripada soalan berhubung pembelian kapal selam dan juga peralatan tentera dari Perancis tidak dijawab secara telus. Suaram trelah mengikuti isu ini secara teliti dan kami dapati pembayaran oleh syarikat pertahanan Perancis, DCN kepada Perimekar tidak mendapat penjelasan yang sepenuhnya.
"Isu ini melibatkan tidak lain tidak bukan Perdana Menteri sendiri dan satu perkara yang ketara ialah isu pembelian pembelian Scorpene tidak pernah timbul dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya.
"Suaram mengambil berat bagaimana dana awam digunakan, untuk apa ia digunakan dan pihak mana yang mendapat imbuhan. Di Parlimen isu pembayaran komisyen dijelaskan oleh kerajaan tetapi terdapat lebih banyak soalan yang timbul daripada jawapan," kata beliau lagi.
Cynthia mengingatkan peranan media tempatan dan juga antarabangsa memahami isu ini dengan tepat agar dapat menimbulkan kesedaran dan penyebaran maklumat yang betul berhubung perkara ini.
"Isu bagaimana Perimekar didaftarkan selepas kontrak pembelian Scorpene ditandatangani adalah penting kerana syarikat ini dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, di mana isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda adalah pemegang saham terbesar.
"Isu komisyen sebanyak 114 juta euro dan juga kontrak peyelenggaraan kapala selam sebanyak RM270 juta untuk tempoh enam tahun juga penting kerana kita mahu tahu apakah syarikat yang mendapat kontrak ini benar-benar mampu untuk menjalankan kerja tersebut.
"Perimekar dibayar untuk khidmat koordinasi dan sokongan dan tidak ada butiran lain mengenai tujuna pembayaran dibuat. Syarikat tersebut tidak ada aktiviti melainkan semakan akaun syarikat pada 2001 dan 2002. Ia tidak ada kemampuan kewangan ataupun kepakaran untuk menyempurnakan satu kontrak yang sebegitu besar. Jadi Perimekar hanya ditubuhkan untuk menerima pembayaran komisyen," jelas Cynthia lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.