Tindakan Umno memilih calon untuk MIC disifatkan bukti jelas Umno memperlekehkan pimpinan MIC dan beranggapan parti itu tidak ada calon berkualiti.
Bekas Naib Presiden MIC SS Subramaniam berkata Presiden MIC Samy Vellu sekali lagi diaibkan oleh kepimpinan Umno sehingga memilih pendatang baru untuk bertanding di Hulu Selangor.
“ Mereka paksa MIC pilih lagi seorang, dia tidak ada orang yang lebih berkualiti untuk masuk ke Hulu Selangor. Itu sebab dia pilih seoarang yang muda, tidak ada pengalaman, tidak ada pengalaman dalam politik untuk masuk ke sana. Dan mereka berharap oleh kerana dia muka baru, pengundi akan mengundi dia. Ini bukan pilihan yang amat tepat oleh MIC” katanya ketika dihubungi Tv Selangor.
Kamalanathan adalah bekas ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd.
Beliau dipertanggungjawabkan untuk penjenamaan semula MIC lantaran kejatuhan merudum parti komponen itu pada pilihanraya umum 2008.
“ Ini orang bukan orang politik lah. Ini orang cari peluanglah. Dia hanya mencari peluang. Dia jadi baik kepada Samy Vellu untuk dapat kerusi. Sekarang UMNO sudah (pilih calon) bertentang atas kerusi itu, dia tak mahu kerjasamana. Ini orang bukan betul-betul mahu berkhidmat kepada rakyat”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.