Oleh ramziredang
"Pada 2 April, satu persidangan ahli ahli parlimen dunia yang ke 122 telah diadakan di kota bangkok. Ianya diwakili oleh ahli parlimen dari 145 buah negara. Selain berbincang permasalahan semasa di seluruh dunia, kesemua ahli parlimen dari 145 buah negara tersebut sebulat suara menyokong satu usul supaya mendesak kerajaan malaysia menggugurkan tudukan liwat siri 2 terhadap Anwar. Mereka juga melahirkan rasa kebimbangan yang sangat serius terhadap penglibatan pihak yang sama dalam siri 1 dan 2, iaitu pihak pendakwa kes liwat siri 1, yang kini adalah peguam negara.
Penafian hak Anwar untuk mendapatkan dokumen pihak pendakwa menimbulkan rasa keraguan kepada mereka apakah akan ada satu pihak yang akan merekacipta bukti pendakwaan. Mereka juga merasa hairan dengan dua laporan perubatan yang tidak menyatakan ada tusukan secara jelas namun perbicaraan tetap diteruskan. Oleh itu pihak ahli ahli parlimen tersebut akan cuba menghantar pihak pemerhati dan pemantau ketika perbicaraan di mahkamah berjalan nanti.
Sangatlah memalukan bagi negara Malaysia, bila persidangan ahli parlimen yang ke 122 itu sebenarnya beragenda besar dalam membincangkan masalah penyeledupan dadah dan senjata seluruh dunia, pemerdagangan manusia dan hak asasi manusia, bencana besar Chile dan Haiti, namun menyelitsama isu kes liwat 2 terhadap Anwar. Seolah olah ianya satu contoh pencerobohan hak asasi manusia berlaku di malaysia. Malu kerana dalam keadaan dunia sibuk berbincang tentang masalah kemunduran di negara sedang membangun tetapi mereka terpaksa campur tangan dalam isu di negara Malaysia.
Jadi mahu tidak mahu, pihak pendakwa perlu menyediakan bukti yang jelas dalam perbicaraan liwat 2 nanti. Ianya perlulah dilihat adil, jika tidak sudah pasti ianya akan memberi imej yang sangat buruk kepada Malaysia di mata dunia. Nyatalah perbicaraan Liwat Siri 2 akan membawa mata seluruh dunia tertumpu, memerhati ke arah Malaysia. Jika sekali ianya dilihat tiada keadilan berlaku di Malaysia maka dengan jelas dan nyata Malaysia akan dipacu ke arah jurang yang suram dan gelap samada dari sudut ekonomi, pelaburan dan juga prestij di mata antarabangsa"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.