ALHAMDULILLAH, setelah gerakerja bersama dijayakan bermula tahun lalu kini termeterai satu pakatan kukuh landskap poltik baru di bandaraya Miri dengan tertubuhnya secara rasmi Sekretariat Pakatan Rakyat.
Bermula dari Makan Malam pada awal tahun lalu,disusuli Sambutan Tahun Baru Cina yang dihadari Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim dan baru-baru ini Pentas Pemuda Pakatan Rakyat, maka solidariti ini pasti mampu membawa perubahan politik dalam negeri Sarawak ini. ALLAHUAKBAR!
Antara intipati yang dipersetujui semasa Mesyuarat kali kedua Pakatan Rakyat di pejabat PKR minggu lalu:
1. DAP, PKR, PAS dan SNAP telah membentuk sebuah Dewan Pakatan Rakyat Kesekretariatan di Miri pada tarikh 8 April 2010.
2. Setiap parti akan diwakili empat wakil di dewan ini.
3. Tujuan utama Dewan adalah menyelaras setiap aktiviti keempat-empat parti komponen Pakatan Rakyat khususnya pada kerja asas kebajikan, kemasyarakatan dan pilihanraya.
4. Kesemua parti sebulat suara menyerahkan keputusan kerusi kepada kepimpinan tertinggi setiap Parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.