Rabu, 28 April 2010

PRK Hulu Selangor – Kekuatan Negara Di Salahgunakan



http://buletinonline.net/images/stories/berita25/MakanMalamPenerangan%20059.jpgKUALA TERENGGANU – Kekuatan negara; wang, jentera dan media disalahgunakan semaksimanya oleh Barisan Nasional (BN) bagi memastikan mereka tidak kecundang dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P094 Hulu Selangor baru-baru ini.

Selain itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib turut mengakui tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti pada saat kempen berlangsung turut menyumbang kepada kekalahan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun menurutnya, ia hanyalah faktor kecil dan punca utama kemenangan Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan adalah strategi menggunakan semaksimum mungkin kekuatan negara yang dimainkan parti itu di kawasan terbabit.

“BN guna wang. Saya tidak tahu wang itu banyak atau sedikit, tetapi sudah tentu ada yang dilaburkannya.

“Memang nampak sangat kerahan BN di sana, jentera mereka ramai sangat,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas kemenangan BN di kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Calon BN, P Kamalanathan menewaskan Datuk Zaid Ibrahim daripada PKR pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi, sekali gus mengembalikan semula kerusi itu kepada BN.

Kamalanathan menerima 24,997 undi, sementara Zaid memperolehi 23,272 undi.

Mengulas lanjut Ustaz Harun berkata, meskipun BN berjaya merampas kembali kerusi Hulu Selangor, namun parti itu tidak harus berbangga diri kerana berdasarkan rekod, Pakatan Rakyat telah memenangi banyak pilihan raya kecil sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, kekalahan itu tetap dijadikan pengajaran kepada PAS, DAP dan PKR supaya bekerja lebih cermat, selain memiliki strategi pada masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.