MALAYSIA KINI | ||
|
Najib akan memulakan lawatannya dengan bertemu penduduk pekan Sungai Merah, penempatan pertama di Sibu bagi kaum Foochow yang datang dari China pada 1901.
Acara lain Perdana Menteri termasuk menghadiri jamuan tengah hari dengan anggota tentera di kem Jalan Ulu Oya serta melawat tapak bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Rendah St Mary, yang merupakan satu daripada projek pendidikan yang diusahakan oleh mendiang Datuk Robert Lau, anggota parlimen Sibu yang meninggal dunia pada 9 April lalu.
Pilihan raya kecil Sibu akan diadakan pada Ahad, 16 Mei ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April lalu.
Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.Dia mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).
Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.
Pada pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.