Sibu: Penolong bendahari SUPP, Robert Lau Hui Yew akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil parlimen Sibu, kata ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Abdul Taib yang juga pengerusi BN Sarawak mengumumkannya di hangar Hornbill Skyways, di sini malam tadi sekembalinya dari Kuala Lumpur.
Manakala, Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Wong Ho Leng, diumumkan sebagai calon DAP.
Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng mengumumkan nama Wong dalam majlis makan malam di sebuah restoran, di Sibu malam tadi.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi BN telah memberi surat pentauliahan Robert Lau dalam pertemuan di Putrajaya, semalam," kata ketua menteri.
Beliau dikenali sebagai Robert Lau Junior adalah sepupu kepada Datuk Robert Lau Hoi Chew, penyandang kerusi Parlimen Sibu selama lima penggal sejak 1990 yang meninggal dunia pada 9 April lalu.
Najib, kata Taib menyifatkan Robert Lau Junior amat dikenali di kalangan masyarakat tempatan dan bersifat mesra rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon dan 16 Mei hari mengundi.
Kedua-dua mereka – Robert Lau dan Wong – adalah peguam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.