Khamis, 29 April 2010

PAS komited perjuangkan warga miskin

Oleh PAS Miri

Program 'PEMBELA RAKYAT' kali ini pasti meruntun jiwa Sukarelawan PAS dan rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat Miri apabila lebih 17 keluarga yang disantuni adalah dari warge emas yang mengalami sakit tua dan uzur,warga OKU dan ibu tunggal miskin.

Destinasi kali ini adalah Kampung Pengkalan Lutong ,kira kira 15 km dari bandaraya Miri. Misi kali ini yang merupakan misi kebajikan kali ketujuh tahun ini di sekitar Miri oleh PAS Kawasan diketuai sendiri YDP PAS Kawasan;Tuan Haji Jofri Jaraiee. Turut serta TYDP,Engr KhairulNizam Yob ,Ketua Pemuda PAS Miri,Saudara Wan Husni,Ketua DAPSY Miri,Saudara Michael Ding serta Pimpinan Wanita DAP dan Keadilan.

Warga OKU yang disantuni,Puan Ratna berasa terharu dengan rombongan dan telah meluahkan rasa kecewa tentang kegagalan agensi kerajaan teraju BN yang tidak pernah membantu usahanya mendapatkan bantuan walaupun beberapa kali telah membuat permohonan

"Kamek udah 4 kali undi dalam Pilihanraya ;di Lambir dan Senadin;macam macam dijanji BN tapi sik pernah dipolah.Kamek benar benar kecewa. Malah rumah kamek tuk sik pernah ada orang mahu datang. Tengok sendirik kesusahan kamek. Kamek bersyukur kehadrat ALLAH atas kesudiaan pihak PAS dan Pakatan datang dan ziarah kamek tok" keluhan Puan Rathna kepada Sukarelawan PAS dan PR semasa Ziarah.

Selain itu seorang warga emas yang terlantar sakit ,dan hidup dengan anak anak yang masih memerlukan bantuan menyatakan rasa hiba dan syukur dengan kesudian rombongan hadir. malah pimpinan PAS yang hadir mendoakan agar kesihatan diberikan semula pada warga emas dan kata kata motivasi telah disampaikan YDP kepada anak anaknya agar menjadi insan yang berguna dalam membantu keluarga.

Apa yang lebih menarik program ini adalah lanjutan dari program Kebajikan bersama antara komponen Pakatan Rakyat.Minggu lalu rombongan telah berkampung di Kampung Iban,Kg Pasir diketuai oleh DAP. Untuk minggu ini giliran PAS mengetuai ziarah. Kesepakatan erat dalam membawa mesej Negeri Rakyat dan Berkebajikan oleh setiap komponen parti Pakatan Rakyat adalah mesej jelas kesediaan PR kearah mengambil alih pentadbiran dari kerajaan BN yang zalim.

Dimanakah hasil bumi Sarawak selama ini dihabiskan;sedangkan Rakyat Sarawak terus menderita. Masa kezaliman BN sudah berakhir,InsyaALLAH Pakatan rakyat akan membawa kesejahteraan untuk penduduk Bumi Kenyalang ini dari kronisme dan kebejatan sosio- ekonomi ke arah rakyat yang pasti mendapat pembelaan sewajarnya. "Ayuh! Kitak Mauk Perubahan bersama PAS dan Pakatan Rakyat!".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.