Khamis, 15 April 2010

Kurang empat jam, BN tiada calon lagi?

MALAYSIA KINI



Kurang empat jam lagi, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional dijadual mengumumkan calon BN untuk kerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor, namun sehingga kini, belum ada kepastian siapa bakal calon mereka.

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dikatakan gagal untuk menyakinkan Muhyiddin supaya menerima calon tunggal, Datuk G Palanivel yang dikemukakan parti itu.

Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Me
nurut sumber MIC, Muhyiddin berkeras mahukan calon lain dan menolak Palanivel - ini menyaksikan tiada penyelesaian dalam kebuntuan itu.

Samy Vellu kemudiannya menuju ke ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur untuk mengadakan mesyuarat tergempar dengan pemimpin lain parti itu untuk menentukan tindakan seterusnya.

Adalah dipercayai bahawa ketua penerangan parti itu, P Kamalanathan (kanan), 44, adalah calon yang akan diketengahkan sebagai kompromi.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Beberapa pemimpin tertinggi MIC ketika dihubungi tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana menurut mereka Samy Vellu engan mendedahkan hasil perbincangannya itu.

Bagaimanapun mereka yakin 'rundingan kedua' di antara kedua-dua pemimpin BN itu akan diadakan sekali lagi tengah hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.