Khamis, 29 April 2010

Fitnah Chauvinis Melayu, PERKASA Saman The Sun

Oleh Noor Safinas

KUALA LUMPUR : Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan saman terhadap akhbar berbahasa Inggeris The Sun, ketua pengarang dan wartawannya yang didakwa menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya dan Sultan Selangor.

Saman itu difailkan oleh peguamnya, Datuk Salehudin Saidin di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini.

Salahudin dipetik media berkata, anak guamnya menuntut ganti rugi yang akan ditentukan mahkamah, permohonan maaf secara terbuka dan perintah injuksi bagi melarang pihak tersebut daripada terus menyiarkan berita seumpama itu.

Menurutnya, akhbar The Sun pada 17 Mac menyiarkan laporan berunsur fitnah bahawa Ibrahim dan PERKASA tidak mendapat perkenan Sultan Selangor bagi merasmikan mesyuarat agung NGO itu pada hujung bulan lalu.

"Tulisan itu juga menggambarkan anak guam saya chauvinis Melayu dan kuat perkauman," katanya lagi.

AGM PERKASA berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur dengan dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.