SHAH ALAM : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim hari ini mengumumkan penerimaan semula empat Ahli Dewan Undangan Negeri yang digantung enam bulan dari menghadiri sidang itu.
Mereka adalah ADUN Sabak, Warno Dogol, ADUN Batang Kali, Isa Abdul Kasim, ADUN Dengkil Marsum Paing dan ADUN Hulu Bernam, Mohamad Idris Abu Bakar, semuanya wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN).
“Saya berharap dengan pergantungan empat ADUN itu menjadi ikhtibar dan tidak ada lagi kenyataan ahli dewan yang mengelirukan dewan dan mereka juga diminta tidak mengulangi kesalahan sama," kata Teng.
Penggantungan empat wakil rakyat itu berikutan tindakan mereka mempersoalkan integriti Selcat.
Beliau berkata demikian sebelum memulakan perbahasan hari pertama Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Kali Ke-12 pagi tadi.
Selasa, 13 April 2010
Empat ADUN Digantung Kembali Ke Dewan, Usah Ulangi Kesalahan
TV SELANGOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.