KUCHING: Seramai 2,000 anggota polis akan ditempatkan untuk pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Sibu bulan depan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh berkata, mereka akan dihantar dalam dua pasukan.
"Kami akan menghantar 350 anggota ke sana esok," katanya kepada wartawan selepas menyampaikan cek RM33,600 sumbangan koperasi polis dan insuran MCIS Zurich kepada Selai Aji, balu Sarjan Mejar Limbai Joseph, yang meninggal kerana masalah jantung.
Mohmad berkata, anggota selebihnya akan dihantar pada 3 atau 4 Mei dan 350 kenderaan termasuk bot dan motosikal berkuasa tinggi akan disediakan.
Beliau berkata, kawasan panas dalam parlimen tersebut telah dikenalpasti untuk pemantauan keselamatan.
Pilihanraya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April.
Penamaan calon akan diadakan pada 8 Mei dan 16 Mei hari mengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.