Rabu, 28 April 2010

Desak siasat MalaysiaKini

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa perlu mengadakan siasatan menyeluruh terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini yang akhir-akhir ini bertindak seolah-olah mereka golongan yang tidak boleh disentuh.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) berkata, beliau percaya sudah tiba masanya pihak berkuasa melakukan siasatan bagi mengetahui adakah portal berita itu dibiayai oleh kumpulan-kumpulan tertentu untuk mereka-reka laporan palsu.

"Siasatan juga perlu dibuat mengenai siapakah yang mengupah mereka (Malaysiakini) untuk membuat laporan palsu seperti yang ditegaskan oleh ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

"Pihak berkuasa tidak perlu khuatir untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemilik, pengarang, wartawan-wartawan dan penulis kolum di Malaysiakini yang akhir-akhir ini bertindak seperti mereka golongan yang kononnya tidak boleh disentuh," katanya.

Zulkifli berkata demikian dalam entri terbarunya di blog beliau, http://zul4kulim.blogspot.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.