Salhan K Ahmad | |||
|
Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri yang berkaitan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.
Kira-kira seribu lagi kini berada di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.
Mereka bersiap sedia untuk berarak tetapi dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.
Keputusan itu disambut dengan pekikan "boo" oleh Orang Asli.
Polis juga meminta Orang Asli supaya tidak berarak dan mempamerkan kain rentang serta sepanduk mereka.
Kumpulan itu bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.
Pada perhimpunan ini, orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya berbunyi “ Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati”, “ Jangan Hapuskan Akta Kami” dan “Iktirafkan Wilayah Adat Kami”.
Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.
Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.
Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.
Kira-kira 2.30 petang, mereka berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri yang diterima oleh pegawai tugas-tugasnya, Datuk Ghazali Ibrahim.
Memorandum tersebut diserah oleh presiden POASM, Majid Sujud. Kemudian kedengaran tepukan gemuruh mereka yang hadir selepas dimaklumkan bahawa memorandum tersebut telah berjaya diserahkan.
Memorandum itu, pada umumnya, menuntut supaya dasar pemberimilikan tanah Orang Asli dimansuhkan.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Tijah berkata, memorandum yang diserahkan Majid itu adalah yang sama yang dihantar kepada perdana menteri pada 9 Disember berhubung pelantikan senator dari kalangan Orang Asli.
Manakala Shafie pula, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini, sambil tersenyum berkata, mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan 'kita juga bagi mereka makan-makan.'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.