Selasa, 30 Mac 2010

Perancah besi bangunan UMT runtuh, 1 maut

Khairul Azlam


KUALA TERENGGANU: Perancah besi bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang masih dalam pembinaan runtuh pada jam 5.15 petang tadi menyebabkan seorang pekerja maut dan empat cedera.

Ketika kejadian, lapan pekerja asing yang dipercayai warga Bangladesh sedang melakukan kerja di tingkat empat bangunan itu di mana penghubung besi dan perancah runtuh mengakibatkan seorang pekerja tertimbus dalam konkrit manakala seorang lagi tersepit di celah penahan besi.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira sejam 20 minit untuk mengeluarkan pekerja yang tersepit itu dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Mengulas kejadian itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, ia berlaku kerana kecuain pekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.