KUALA LUMPUR : Istilah Undian Pos yang digunakan ketika ini mungkin akan diubah menjadi ‘undian awal’ sepertimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, istilah 'pengundi awal' sepatutnya menggantikan istilah 'pengundi pos' di mana pengundi akan mengundi dua atau tiga hari lebih awal dengan kerjasama polis dan tentera.
"Walaupun istilah undian pos digunakan, kita tidak menggunakan pejabat pos pun.
"Sebelum itu, kita bercadang mendapatkan persetujuan semua pihak sebelum melaksanakan undian awal. Pengundi awal akan mengundi dua atau tiga hari lebih awal.
"SPR akan bekerjasama rapat dengan polis dan tentera untuk mengadakan undian awal itu di luar kem tentera dan kontinjen polis atas faktor ketelusan," katanya kepada para wartawan pada Majjlis Hi-Tea SPR bersama media di salah sebuah hotel petang tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.