Isnin, 1 Mac 2010

MPP : Majlis Projek dan Pengampu ?

Oleh Tok Pepijat

Padang Kelab Sultan Sulaiman sekali lagi jadi saksi dengan tertubuhnya Majlis Perundingan NGO Melayu (MPP) petang Sabtu lalu. Dulu padang inilah jadi saksi penentangan terhadap Malayan Union.

Tujuan utama penubuhan MPP ini ialah untuk mempertahankan dan melindungi hak Melayu dan Islam. Juga sebagai benteng dan pelindung hak-hak Melayu.Melihat kepada badan-badan NGO yang ada dalam MPP ini seperti PERKASA, MUBARAK dan GPMS tidak ubah ianya sebuah badan NGO berteraskan politik ternakan UMNO! Lebih-lebih lagi pemimpinnya MP Pasir Mas.

Sepatutnya MPP ini berjuang dan mendesak Kerajaan tutup pusat hiburan, kedai judi, kilang arak dan desak UMNO mendaulatkan Islam dalam perundangan.

MPP sepatutnya melihat segala permasalahan umat Melayu dan Islam kini adalah akibat tidak mendaulatkan Islam.

Bukannya berarak dan berdemo. Peliknya mengapa MPP tidak berjuang kearah demikian ? Adakah ahli mereka kaki judi, arak, pengunjung kelab dangdut ?

Rakyat melihat aksi MPP yang diketuai MP Pasir Mas ini umpama NGO yang sedang menadah tangan minta sedekah projek dari PM Najib bukannya berjuang untuk Melayu dan Islam.

Elok Najib bagi 20 sen kat mereka dan suruh main jauh-jauh !

http://tokpepijat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.