|
Beliau kemudiannya menetap di kampung setinggan di Batu 12, Gombak dan mencuba pelbagai jenis pekerjaan rencam di sekitar Kuala Lumpur untuk menyara isteri dan empat orang anaknya.
"Dengan keadaan saya saya serba kurang, (jumlah) jari pun tidak cukup, memang susahlah untuk buat kerja-kerja kontrak (binaan)," katanya yang ditakdirkan tuhan hanya mempunyai enam batang jari.
Beliau kini patah harapan, lebih-lebih lagi dengan kematian anak bongsunya pada Februari tahun lalu yang didakwa berpunca daripada kecuaian pihak Hospital Orang Asli Gombak.
Isterinya, Aspadiah Bah Sok, 38, telahpun pulang ke Kampung Buluh Nipis semenjak anak mereka meninggal dunia. Gek juga telah membuat persiapan untuk kembali ke pangkuan masyarakatnya.
"Saya tengah bersiap untuk balik tengahari ini, tapi kerana (wartawan) telefon untuk berjumpa, saya batalkan dulu. Esok pun boleh balik sebab saya kerja sendiri," kata Gek lagi.
Temuramah diadakan di rumah seorang saudaranya, Wangah Pandak, 57. Suami Wangah merupakan seorang kakitangan lanskap di hospital itu dan mereka mendiami kuarters berkenaan dengan bayaran RM300 sebulan.
Kampung tanpa nama
Bahang di dalam ruang tamu dalam unit rumah panjang binaan kayu itu cukup terasa, apatah lagi rumah tersebut hanya beratapkan zink.
Kipas angin dalam ruang tersebut dimatikan kerana bunyinya mengganggu rakaman. Namun mereka kelihatan tidak begitu endah dengan keadaan panas itu. Alah bisa tegal biasa.
Menurutnya lagi, ada yang memanggil tempat itu dengan nama Kampung Bukit Kala.Tetapi, tambahnya, nama itu juga tidak tepat.
Kebanyakan mereka mengenali tempat itu dengan nama 'Skem', sempena nama sebuah pusat belajar memandu yang terletak berhampiran.
"Bukit Kala itu jauh di dalam hutan sana. Kawasan itu yang orang kampung minta tanah untuk berkebun, tapi seorang pun tak dapat tanah," katanya.
Beliau juga memohon untuk mendapatkan tanah untuk diusahakan dengan tanaman di sekitar Gombak, termasuk kawasan hutan simpan.
"Orang jabatan (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) kata boleh teroka, tetapi jangan tebang pokok. Macam mana nak menanam kalau tak boleh tebang pokok?
"Lagipun ini bukan kampung saya. Kalau tempat saya, saya berani juga untuk buka kawasan hutan simpan. Kita Orang Asli pun patuh kepada undang-undang juga," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.