Rabu, 3 Februari 2010

Internet percuma di Pekan

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Program Digital Pekan 1Malaysia yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diperkasakan dengan akses wi-fi secara percuma oleh Wi-Net Technology Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Wi-Net, Lee Wai Tuck berkata, para pengguna Internet di Pekan, Kuantan boleh menggunakan kemudahan Internet secara percuma melalui jalur lebar terbaru Winet, iEx-WiFi.

"Winet turut menyahut seruan kerajaan yang menyasarkan penembusan jalur lebar pada kadar 50 peratus menjelang akhir tahun ini menerusi Pelan Jalur Lebar Kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wai Tuck, perkhidmatan Winet juga boleh didapati di kawasan utara negara ini.

"Winet menjadi satu-satunya pengendali yang menyediakan akses wi-fi dengan liputan meluas di Langkawi sementara di selatan termasuk di Melaka dan Johor, kami akan beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.