Rabu, 27 Januari 2010

Jangan ketatkan peraturan sudut pidato

BERNAMA



Pihak universiti diminta bersikap liberal tidak mengenakan banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat awam di sudut pidato, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk
Saifuddin Abdullah.

NONESebaliknya mereka perlu mengggunakan kebijaksanaan dan kaedah terbaik bagi kewujudan semula sudut itu di universiti membawa perubahan positif penuntut khususnya dalam meningkatkan kemahiran pengucapan awam, katanya.

"Sudut pidato adalah platfom yang sesuai untuk melahirkan mahasiswa yang serta mempunyai kemahiran insaniah seperti berpidato dan berfikir kritis.

"Saya bimbang jika terlalu banyak peraturan dikenakan ini akan mematikan mereka dalam meluahkan pelbagai idea sekaligus melenyapkan minat mereka pengucapan awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan semula Sudut di perkarangan Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Beliau juga berkata hala tuju politik di kampus harus ditentukan oleh
mahasiswa dan tidak perlu campur tangan daripada pihak lain kerana mereka pandangan dan hasrat mereka yang tersendiri.

'Jangan cepat label mahasiswa itu pro-pembangkang'

"Suara mahasiswa perlu didengari. Sudah pasti mereka mempunyai pelbagai dan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu tetapi janganlah kita cepat melabelkan mahasiswa itu pro-pembangkang apabila mereka tidak bersetuju dengan sesuatu hal," katanya.

NONETimbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaya Prof Datuk Dr Azarae Idris pula berkata pihak unversiti itu sedang merangka garis panduan bagi menentukan kaedah terbaik bagaimana para penuntut boleh manfaat yang positif daripada sudut pidato itu.

"Kita akan kaji dari sudut isi kandungan pengucapan yang bagaimana yang dibenarkan. Kita di sini mempunyai pelajar antarabangsa daripada lebih 80 negara ini yang kita mahu pastikan agar ucapan oleh para penuntut tidak menyalahi agama, politik dan hubungan dua hala antara dua negara," katanya.

Ketika ditanya sama ada pihak universiti itu akan mengenakan tindakan mahasiswanya yang ditangkap ketika menyertai demonstrasi perhimpunan proses pilihan raya kampus, beliau berkata ia bergantung kepada siasatan yang dibuat oleh polis.

"Kes tersebut masih dalam siasatan polis dan kita akan bertindak berdasarkan polis. Tetapi jika ada tindakan dibuat ia tidaklah sampai melarang daripada menduduki peperiksaan," katanya.

Pada kejadian Sabtu lalu polis menahan sembilan mahasiswa daripada
pelbagai universiti di sekitar Lembah Klang yang menyertai perhimpunan proses pilihan raya kampus di ibu negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.