Khamis, 28 Januari 2010

DO: Penyelewengan Wang Rakyat Berlaku Sejak 50 Tahun Lalu

TV SELANGOR


Panelis Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) terkejut dengan penemuan sesi Selcat yang berlangsung hari ini.

Hasil soal-jawab dan penelitian dokumen kepenggunaan sumber oleh Dun- dun seluruh Selangor, Selcat mendapati Adun-Adun BN menggunakan ruang samar dalam peraturan dan tatacara urustadbir untuk menyeleweng peruntukan kerajaan negeri.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah wang peruntukan kerajaan negeri digunakan untuk membiaya jentera parti politik, bahkan wang dimasukkan terus ke akaun bank milik Adun kawasan terbabit.

Pegawai Daerah Kuala Langat Asmawi Kasbi dalam sesi hari ini berkata amalan ini telah menjadi kebiasaan pentadbiran Barisan Nasional sejak 50 tahun lalu.

“Saya rasa dari segi pembayaran kepada YB Dun Morib iaitu YB Hasiman Sidom pada ketika itu saya rasa bukan satu perkara yang luar biasa, sebab duit itu dimasukkan dalam akaun wakil rakyat berkenaan, jadi maknanya dalam Pekeliling Perbendaharaan pun tidak mengatakan bahawa tidak boleh dibayar kepada akaun wakil rakyat berkenaan itu satu, yang keduanya sama ada perkara pelik atau tidak bukanlah perkara yang pelik sebab memang perkara ini berlaku sejak sebelum ini pun memang berlaku, walaupun sekarang pun kita masih bayar kepada wakil rakyat penyandang pada ketika ini,” katanya.

Mengulas perkara ini, Panel Selcat Azmin Ali berkata amalan ini secara langsung menghakis keupayaan kerajaan negeri untuk berfungsi sebagai sebuah badan yang berintegriti.

Azmin memberi amaran bahawa amalan ini juga secara langsung membudayakan rasuah dalam operasi kerajaan negeri, lantas ia perlu dihentikan serta-merta.

“Dalam taklimat audit baru-baru ini yang dipimpin Dato Menteri Besar, kita diingatkan bahawa pembayaran kepada Adun itu merupakan satu sistem yang lemah dan tidak boleh dikira satu sistem yang baik kerana kemungkinan penyelewengan itu akan berlaku, yang hanya dibolehkan ialah pembayaran dibuat atas nama Adun sekiranya dalam kes-kes tertentu seperti pembayaran saguhati kepada anak-anak PMR, sudah tentu mereka belum ada akaun bank yang boleh dibayar,”jelasnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.