Sabtu, 2 Januari 2010

Banyak Cerita X-Files UBN Terbongkar?

HALIK ZAMAN (sabahkini)


BANYAK perkara misteri dan pembaziran wang rakyat telah berlaku dalam Negara Malaysia pimpinan BN. Bermula jambatan bengkok tidak siap, dibayar percuma dari wang rakyat RM300 juta kepada kontraktor ‘for nothing’. Bukankah elok RM300 juta itu diperuntukan membuat perumahan rakyat yang memerlukan? Perkara penting pembaziran wang rakyat ini tidak pun disiasat oleh SPRM.

Sepatutnya tugas SPRM menyiasat kepada Dr. Mahathir kenapa bina jambatan bengkok itu? Abdullah Ahmad Badawi juga patut disiasat kenapa hentikan pembinaan jambatan bengkok itu? Patutkah SPRM berfikir kedua-dua Mantan Perdana Menteri itu tidak bersalah dalam tindakan mereka?.

Dalam hal ini dari dua orang, mesti ada salah seorang yang bersalah? Takkanlah kedua-duanya tidak bersalah. Jadi, apa tugas SPRM? Mungkin SPRM menjalankan tugas cuma mencari kesalahan YB-YB Pakatan Rakyat sahaja?

Yang paling jenaka di abad ini, seorang peguam biasa yang nama glamournya dikenali sebagai ‘correct, correct, correct’ boleh menentukan siapa yang akan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Suruhanjaya Penyiasatan Awam sudah pun dilantik. Hasil siasatan Suruhanjaya mengakui ‘memang betul’ seperti rakaman telefon bimbit itu apa yang diceritakan. Kenapa perkara ini senyap sahaja? Di mana sudah peranan SPRM dalam melaksanakan keputusan Suruhanjaya Penyiasatan Awam itu?

Kematian misteri Altantuya, Razak Baginda penganalisis politik Dato’ Seri Najib Tun Razak dan dua orang pegawai polis pengawal peribadi Dato Najib telah dibicarakan. Razak Baginda dibebaskan tanpa membela diri. Timbul soalan, kenapa pihak Pendakwa Raya tidak membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan yang Razak Baginda dibebaskan tanpa membela diri? Di sini timbul berbagai teka-teki seolah-olah Razak Baginda sengaja mahu dilindungi?

Dua orang pegawai polis pengawal peribadi Dato Seri Najib didapati bersalah kerana membunuh Altantuya, mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Timbul soalan, apa motif dua orang pegawai polis pengawal peribadi Dato Seri Najib itu membunuh Altantuya?

Kematian misteri Teoh Beng Hock. Mendiang bukan terbunuh hanya sebagai saksi SPRM membunuh diri, masukkah di akal seorang saksi membunuh diri di bangunan SPRM? Teoh yang akan berkahwin dan akan menikmati bulan madunya tidak lama lagi mahu membunuh diri?

Pegawai-pegawai Tabung Haji dituduh rasuah ratusan juta RM, Presiden MCA ditubuh rasuah RM10 juta, tidak pun mereka ambil langkah membunuh diri, tapi Teoh sebagai saksi pula membunuh diri sendiri. Sungguh misteri cerita ini.

Satu lagi cerita misteri yang sungguh memalukan Malaysia di mata dunia. Kecurian dua enjin jet dicuri di tempat yang ketat sekuritinya dalam kawalan tentera Malaysia. Rakyat Malaysia tidak tahu mungkin banyak lagi harta Malaysia sudah dicuri? Mungkin bukan dua enjin jet sahaja yang dicuri, tapi ia mungkin tidak dilaporkan kepada umum?

Kita rasa ragu-ragu penghantaran minyak mentah kita keluar negara selamat dari dicuri atau tidak? Ia juga ada cara boleh dicuri kalau mahu mencuri? Jadi, Kerajaan UMNO/BN memang tidak selamat menjaga wang rakyat, harta Kerajaan.

Zahid Hamidi juga mungkin kurang selamat jawatannya kerana berani membongkar kecurian dua enjin jet tentera semasa Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Pertahanannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.