BERITA HARIAN ONLINE
DEWAN Rakyat semalam diberitahu Selangor yang berada di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM4.09 bilion iaitu kedua tertinggi daripada Kerajaan Pusat untuk tahun ini.
Peruntukan diagihkan itu untuk melaksanakan pelbagai program dan projek diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, Wilayah Persekutuan menerima peruntukan pembangunan tertinggi berjumlah RM4.67 bilion, diikuti Sabah tempat ketiga (RM3.68 bilion) dan Sarawak (RM3.47 bilion).
Peruntukan keseluruhan bagi 2009 bernilai RM51.81 billion, iaitu lebih tinggi berbanding RM48.37 bilion yang diperuntukkan tahun lalu itu turut diagihkan ke negeri lain mengikut keperluan aliran tunai termasuk peruntukan untuk pelbagai negeri sebanyak RM17.69 bilion dan luar negeri RM0.28 bilion.
"Semua peruntukan disalurkan ke negeri secara seimbang bagi memberi manfaat kepada rakyat.
"Jika ada baki peruntukan tahunan tidak dibelanjakan, maka ia akan luput apabila melangkau tahun.
"Kementerian akan menyediakan peruntukan jika ada keperluan bagi program dan projek berkenaan," katanya menjawab soalan lisan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.