SINAR HARIAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) akan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan rakyat negara ini berusia genap 21 tahun mendaftar sebagai pendaftar pemilih.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa telah merangka program ke arah itu dengan membuka kaunter pendaftaran di setiap program di peringkat negeri dan daerah di seluruh negara mulai awal tahun depan.
"Kita menyambut baik saranan SPR agar membantu supaya yang cukup umur mendaftar sebagai pemilih. Kita akan buka kaunter daftar di setiap program di seluruh negara dengan kerjasama SPR.
"Selama ini kita tidak terfikir demikian sebab berpendapat SPR mungkin akan mengadakan sendiri kempen mendaftar, tetapi nampaknya masih ramai yang tidak berbuat demikian," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, SPR perlu mendapatkan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan supaya membuka kaunter pemilih di setiap majlis dihadiri Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri termasuk pameran anjuran kementerian serta jabatan.
Kata beliau, SPR juga patut turun padang ke setiap institut pengajian tinggi awam dan swasta dengan membuka kaunter pendaftaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.