Pelakon drama bersiri popular
Gerak Khas dihukum penjara dua bulan dan denda RM2,000 terhadap pertuduhan mencuri dua buah buku di sebuah toko buku terkenal di Kuala Lumpur, Mac lalu.

Farid Amirul Hisham Abdullah - yang memegang watak "Detektif Lim" - didakwa mencuri
Sistine Secrets berharga RM89.90 dan
Decoding The Heavens berharga RM105 di kedai buku MPH Bookstore, Mid Valley, pada 7.15 malam 27 Mac lepas.
Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.