Oleh bumi
"Apa bezanya antara melayu, perlis, melayu Pahang, Melayu Johor, Melayu Melaka dengan Melayu Kelantan. Jika Dato Seri prihatin, ikhlas dan ingin membantu melayu Kelantan, berilah 5% Royalti minyak kepada Kelantan
Kelantan paling ramai orang melayu, orang Islam. Jangan kerana mereka di perintah PAS, anda pula menidakkan hak bangsa anda sendiri. Tempias akan juga terkena pada penyokong anda UMNO. Jika isu royalti anda tidak dapat selesai Melayu Kelantan akan lebih marah dan muak dengan cara kepimpinan anda sebagai Perdana Menteri.
Royalti minyak adalah hak rakyat Kelantan, bukan hak parti politik, sesiapa pun yang memerintah Kelantak ada hak dalam perlembagaan dan mesti ditunaikan. Jangan biar rakyat Kelantan berdendam dan marah dengan anda. Jika anda buli mereka, mereka juga akan buli kepimpinan anda dan terus menolak cara anda memerintah.
Fikirlah, bahawa anak-anak kelantan adalah majoroti adalah beragama Islam dan jika anda menidakkan hak mereka, mereka semakin parah. Jangan buli bangsa anda sendiri. Malulah kepada bangsa lain. Jika melayu tidak dapat membantu melayu, siapa lagi.
Oleh itu, jangan jadikan perbezaan politik sebagai alasan, tidak memberi royalti minyak terus kepada Kelantan. Percayalah Nik Aziz tidak akan membazir duit itu dan akan di gunakan untuk kepentingan rakyat Kelantan.
Mari kita berdoa agar Najib Tun Razak, lembut hatinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.