KUALA TERENGGANU - Walaupun Parti Keadilan Rakyat tidak percaya mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serius, namun PKR mengalu-alukan cabaran beliau supaya sebuah Suruhanjaya Bebas dibentuk bagi menyiasat pendedahan Barry Wain.
Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali berkata, dalam buku tebarunya, Wain mendedahkan kerajaan di bawah pimpinan Mahathir telah melesapkan lebih RM100 bilion dengan amalan rasuah dan pembaziran.
Dr. Syed dalam kenyataannya menganggap cabaran Mahathir seebenarnya ditujukan kepada pemerintahan Umno/BN yang dipimpin oleh Dato' Seri Najib Razak.
"Najib tidak perlu bertangguh-tangguh atau berdolak-dalik dan harus membentuk segera Suruhanjaya tersebut. Suruhanjaya itu hendaklah diberi bidang kuasa luas bagi menyiasat pendedahan Barry Wain dan juga mengkaji segela bentuk rasuah dan pembaziran yang dikaitkan dengan mantan PM Mahathir itu,"katanya dalam kenyataan yang diedarkan kepada media semalam.
Bahkan, kata beliau, jika perlu dan sesuai, Suruhanjaya yang ditubuhkan itu boleh juga mengkaji segala yang belaku di bawah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagaimana didakwa dan didesak oleh Mahathir.
Oleh yang demikian, sejajar dengan “cabaran” Mahathir, Dr. Syed menyarankan agar Suruhanjaya tersebut hendaklah dianggotai bukan saja oleh hakim serta bekas hakim, tetapi juga tokoh-tokoh politik kerajaan serta bukan kerajaan dan tokoh-tokoh professional (misalnya dari golongan academia serta Majlis Peguam).
"Seharusnyalah ada jaminan supaya segala perakuan Suruhanjaya diambil tindakan oleh Kerajaan serta pihak berkuasa lain. Janganlah hendaknya ia ditimpa nasib seperti suruhajaya mengenai polis dan “Pita Lingam”,"tambahnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.