Ahad, 27 Disember 2009

Anak lelaki tunggal DS Anwar berkahwin dgn saudara Saiful

Oleh triple_j


"Malam tadi MD Ihsan satu satu nya anak lelaki tunggal dalam keluarga Anwar Brahim selamat diijabkabulkan dengan pasangan nya Shaheeda di Damansara. Majlis yang sederhana dan hanya keluarga terdekat sahaja yang di jemput ini dibuat atas permintaan Ihsan sendiri. Dengan sekali lafaz sahaja Ihsan SAH menjadi suami kepada isterinya Shaheeda.

Pernikahan antara Ihsan dan Shaheeda ini juga secara tidak langsung telah menjalinkan satu hubungan persaudaraan di antara Anwar Ibrahim dan juga Saiful Bukhari. Keluarga Shaheeda isteri Ihsan merupakan saudara kepada keluarga sebelah Bapa Saiful Bukhari. Saiful juga ada menceritakan sedikit sebanyak bagaimana dia bersaudara dgn tertuduh melalui Facebooknya. Menurut beliau:

"Alhamdulillah, sahabat saya, Ihsan Anwar(anak pd tertuduh) selamat di ijab kabulkan dgn sekali lafaz sbtr tadi. Beliau bertunang seminggu selepas saya. Semoga berkekalan hingga ke akhirat.. p/s: menurut pak cik saya, "bersaudara jauh" lah kami melalui pernikahan ini."

Kenyataan dari Saiful bukhari ini bukanlah kenyataan yang direka reka namun inilah kebenaran dan Kuasa Allah yang Maha Besar dalam kehidupan seharian kita. Sejauh mana kita membenci mahupun membuang seseorang itu pastinya akan kita di rapatkan lagi dengannya.

Buat keluarga Anwar Ibrahim, ingin diucapkan Tahniah diatas bertambahnya anggota keluarga anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.