SELANGOR KINI
SHAH ALAM - Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha Jumaat ini, Worldwide Holdings Berhad hari ini menyumbang 15 ekor lembu korban untuk diagihkan kepada masjid dan surau dibeberapa kawasan tapak projeknya di Selangor.
Majlis penyerahan lembu korban di bawah program tanggungjawab sosial korporat ini berlangsung di Subang Bestari U5, Shah Alam, semalam.
Acara simbolik penyerahan lembu korban disempurnakan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hassan kepada wakil-wakil jawatankuasa surau,masjid, jabatan bomba,polis dan juga angkatan tentera malaysia.
Hadir sama pada majlis itu,Pegawai Kewangan Negeri Selangor Dato’ Mohd Arif Bin Ab Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norazlina Zakaria.
Datuk Hassan dalam sidang medianya berkata Worldwide Holdings sebagai syarikat korporat tidak hanya meletakkan fokus kepada pencapaian kewangan semata-mata tetapi juga memberikan fokus yang seimbang kepada program kebajikan dan sosial.
“Kita dalam Worldwide ini kita punyai perhatian yang besar kepada CSR(Corporate Sosial Responsibilities),bukan hanya disebut dimulut sahaja tetapi dalam worlwide kita tengok ini sudah menjadi acara tahunan,bukan sahaja ini maknanya tiap-tiap program-program,projek yang dilaksanakan komponen CSR itu tidak pernah ditinggalkan”, katanya.
Pada majlis sama, Worldwide turut menyerahkan replika Kunci Surau kepada Jabatan Agama Islam, Replika Kunci Dewan Serbaguna,Tadika dan Medan Selera kepada Majlis Bandaraya Shah Alam serta replika kunci Rumah Kos Rendah Seri Purnama kepada Majlis Agama Islam Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.