Khamis, 26 November 2009

Mayat Pelajar Lemas Dijumpai Di Dasar Sungai Marang

BERNAMA


MARANG: Mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa yang hilang ketika mandi di anak sungai Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong dekat sini petang semalam, dijumpai kira-kira 1 tengah hari tadi.

Mayat Muhammad Aifa Afif Mohd Yusof, 13, dijumpai terdampar di dasar sungai, kira-kira 400 meter dari tempat dia dilaporkan hilang, oleh pasukan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahya berkata mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga untuk urusan pengebumian.

Dalam kejadian kira-kira 2.10 petang semalam, Muhammad Aifa yang terjun ke sungai berkenaan ketika mandi bersama tiga rakannya hilang dibawa arus.

Selasa lepas, seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kuala Besut, Mohd Syahmi Mohd Yusof, menjadi korban pertama banjir gelombang kedua di Terengganu yang melanda sejak Isnin lepas.

Mohd Syahmi, 15, lemas setelah dihanyutkan arus deras Sungai Pengkalan Ubi Keling ketika bersama dua rakannya berenang untuk mengangkat jaring ikan yang dipasang mereka di sungai berkenaan dan mayatnya ditemui sejam kemudian tidak jauh dari situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.