MSTAR ONLINE
BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini(Khamis,1 Oktober). Prosiding diteruskan pagi ini.
3.45 petang: Barisan peguam dan Koroner mengadakan perbincangan untuk memilih tarikh yang sesuai untuk memanggil Dr Seah untuk memberikan keterangan.
3.40 petang: Peguam yang mewakili kerajaan, Tan Hock Chuan memberitahu Koroner Azmil Muntapha Abas bahawa sample DNA 'lelaki 1" telah berjaya dikenalpasti oleh saksi kesembilan, Dr Seah Lay Hong, yang merupakan seorang pakar DNA.
Tan berkata, Dr Seah telah bersiap sedia untuk memberikan keterangan berhubung perkara tersebut.
3.34 petang: Rakan baik Teoh Beng Hock, Woo Chuan Sing dibebaskan sebagai saksi.
3.31 petang: Koroner Azmil Muntapha Abas memulakan sesi soal balas terhadap Woo Chuan Sing.
Woo, berkata "Saya merupakan rakan baik Teoh Beng Hock."
Katanya, dia tidak tahu apa masalah yang sedang dihadapi oleh Beng Hock.
3.26 petang: Malik Imtiaz Mawar,peguam yang mewakili kerajaan negeri Selangor memulakan sesi soal balas, rakan baik Teoh Beng hock, Woo Chuan Sing.
Woo mengesahkan bahawa dia ada merakamkan perbualan telefon antara dia dan Beng Hock dalam telefon bimbitnya.
3.25 petang: Rakan baik Teoh, Woo Chuan Sing dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi ke-25.
Kepada satu soalan daripada peguam yang mewakili kerajaan, Tan Hock Guan, Woo berkata Beng Hock telah menghantar kepadanya SMS meminta dia menjadi pengapitnya pada majlis perkahwinannya pada 3 Oktober.
3.16 petang: Kepada satu soalan oleh Koroner Azmil Muntapha Abas, Teoh Meng Kee berkata adiknya Teoh Beng Hock tidak pernah menjalani rawatan kesihatan dan tidak pernah menghidapi sebarang masalah kesihatan.
Meng Kee berkata, dia tidak tahu kenapa Beng hock menceburi bidang politik.
Dia dibebaskan sebagai saksi.
3.13 petang: Peguam Suruhanjaya Prncegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abd Razak Musa bertanya kepada abang mendiang Teoh Beng Hock, Teoh Meng Kee sama ada dia tahu berapakah kos keseluruhan untuk mengadakan perkahwinan bagi kaum Cina termasuk kos majlis makan malam, kereta mewah dan sebagainya.
Meng Kee berkata, "lebih kurang RM20, 000"
Abd Razak membuat andaian bahawa Beng Hock tidak mempunyai sejumlah wang yang banyak untuk dibelanjakan pada majlis perkahwinan sedemikian kerana gaji bulanannya hanyalah RM1,800.
Meng Kee berkata adiknya Beng Hock mempunyai wang simpanan, namun dia mengaku tidak tahu berapa jumlahnya.
3.09 petang: Teoh Meng Kee berkata dia tidak tahu berapa jumlah pendapatan bulanan adiknya.
Peguam SPRM, Datuk Abd Razak Musa: Adakah kamu tahu gaji bersih Beng Hock ialah RM1, 800 sebulan ?
Meng Kee: Saya, tidak tahu.
3.06 petang: etika sesi soal balas, Datuk Abd Razak Musa, abang Teoh Beng Hock, Teoh Meng Kee bersetuju dengan soalan Razak bahawa mendiang adiknya membuat keputusan untuk berkahwin pada usia yang muda kerana teman wanitanya, Soh Cher Wei sedang mengandung.
3.04 petang: Datuk Abd Razak Musa, yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memulakan sesi soal balas.
3 petang: Teoh Meng Kee berkata dia mengetahui mengenai berita kematian adik bongsunya, Teoh Bong Hock melalui adik perempuannya, Li Lan pada 16 Julai, pukul 5 petang. Sebaik sahaja menerima berita tersebut, dia bergegas terus ke Plaza Masalam, Shah Alam.
2.55 petang: Teoh Meng Kee berkata, adiknya, Teoh Beng Hock tidak pernah menceritakan masalahnya kepada keluarga sebelum kematiannya.
2.51 petang: Teoh Meng Kee berkata, adiknya Teoh Beng Hock ingin mengadakan majlis makan malam sempena majlis perkahwinannya pada 3 Oktober. Dia menyifatkan Beng Hock sebagai "seorang yang penyayang dan suka menolong."
2.42 petang: Abang Teoh Beng Hock, Teoh Meng Kee, 33, pengurus gudang dipanggil memberi keterangan.
Dia merupakan abang kedua daripada empat beradik, Beng Hock merupakan anak bongsu. Meng Kee, memakai seluar hitam dan baju berwarna biru muda kelihatan tenang ketika menjawab sesi soal jawab berlangsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.