TV SELANGOR
Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan bakal menganjurkan satu lawatan ke Yiwu dan Hangzhaou, China, pada 19 hingga 23 November ini.
Pengerusinya, Yaakob Sapari berkata program bertujuan mendedahkan usahawan tempatan tentang pengalaman dan juga jaringan perniagaan di China.
Menurutnya, kerajaan negeri amat mengalu-alukan penyertaan usahawan Selangor untuk menyertai rombongan kali ini dan iklan mengenai lawatan tersebut akan dikeluarkan mulai esok.
"Usahawan-usahawan selangor yang berminat untuk menyertai rombongan ini boleh berhubung dengan UPEN mulai besok",katanya.
Yaakub berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco di Shah Alam petang tadi.
Turut serta dalam lawatan itu nanti Pembantu Exco, Mat Shuhaimi Shafie dan Adun Sekinchan,Ng Suee Lim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.