BERITA HARIAN ONLINE
SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam membenarkan permohonan pengacara, Zakiah Anas untuk menarik balik permohonan cerai taklik terhadap suaminya, Mohamad Yusof Mohamad Taib.
Permohonan itu dimaklumkan Peguam Syarie Zakiah, 43, Rubiah Jaffar semalam, di hadapan Hakim Syarie, Kamaruzaman Ali.
Bagaimanapun, tiada alasan diberikan.
Rubiah ketika membuat permohonan itu berkata, prosiding semalam sepatutnya untuk menetapkan tarikh perbicaraan permohonan cerai taklik yang difailkan anak guamnya, awal tahun ini.
"Bagaimanapun, saya terima arahan untuk menarik balik kes ini. Saya berjanji akan memfailkan notis tarik balik kes," katanya.
Permohonan itu tidak dibantah Peguam Syarie Mohamad Yusof, 47, Fakrul Azman Abu Hasan.
Ditanya Kamaruzaman sama ada ada penyelesaian, Rubiah berkata, beliau cuma menerima arahan supaya menarik balik permohonan cerai taklik itu dan tidak pasti sama ada penyelesaian dicapai antara kedua-dua pihak.
Kamaruzaman kemudian meluluskan permohonan untuk menarik balik permohonan cerai taklik itu tanpa membuat apa-apa perintah mengenai kos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.